Laptop Pertama Guna MeeGo – Fujitsu

Fujitsu PC Asia Pacific mengumumkan pelancaran netbook berasaskan MeeGo buat pertama kali dalam sejarah syarikat itu melalui Fujitsu LIFEBOOK MH330 berprestasi tinggi yang serasi digabungkan dengan pemprosesan Intel Atom.

MeeGo sistem operasi hasil projek antara Intel Moblin dan Nokia Maemo yang merealisasikan platform perisian berasaskan sumber terbuka direka untuk memberi segmen meluas kepada pembangun dalam penciptaan produk.

Pandangan pertama menyaksikan MH330 dipahat rekaan premium dengan gabungan warna menawan yang bergaya dan menggunakan pemprosesan Intel Atom N450 atau 455 terbaru serta dikuasakan grafik Intel GMA 3150.

Selain penetapan sistem operasi MeeGo, ia menawarkan pilihan cakera keras 250GB untuk ruangan simpanan dan memori 2GB yang menyediakan kelajuan diperlukan bagi netbook sekecil MH330.

Dilengkapi skrin 10.1 inci ‘back-light’ dan resolusi 1024 x 600 yang luar biasa, MH330 memang sepadan dengan penggunaan luar terutama ketika bersantai di kafe sambil melayari Internet.

Ia ditetapkan dengan pemain kamera web yang diserasikan dengan spesifikasi USB2.0 terkini dan slot kad memori lima dalam satu.

Selain itu, netbook ini juga diperkemas dengan peningkatan ciri audio keliling yang dinamik. – HM

PRODUK: Fujitsu LIFEBOOK MH330

HARGA: anggaran RM999

PEMPROSESAN: Intel AtomN450/455

OS: MeeGo

CAKERA KERAS: 250GB

KAD GRAFIK: Intel GMA 3150

MEMORI: 2GB

PAPARAN: 10.1 inci 1026 x 600 piksel

KAMERA WEB: 0.3MP

SAMBUNGAN: USB 2.0, WiFi, Bluetooth

%d bloggers like this: