Berimaginasi Dengan Imagine Cup

Microsoft Malaysia memperkenalkan buat pertama kali program ‘Selesaikannya’ dalam pertandingan Imagine Cup yang memasuki tahun kesembilan bertujuan mencari bakat menyelesaikan masalah dunia menerusi teknologi di kalangan pelajar.

Ia berikutan permintaan tinggi pertandingan berkonsepkan teknologi yang memerlukan tahap kompleksnya ditingkatkan bagi memenuhi permintaan inovasi baru dalam dunia mencabar.

Timbalan Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MoHE), Prof Dr Rujhan Mustafa, memaklumkan pertandingan terbabit mendapat sokongan kementerian dengan sasaran melahirkan pelajar berfikiran maju yang berasaskan teknologi.

Pertandingan seumpama ini menambah peserta baru setiap tahun manakala kualiti penyelesaian yang ditonjolkan amat mengagumkan menunjukkan Imagine Cup patut diteruskan pada masa akan datang,” katanya

Sementara itu, Pengurus Besar Inovasi Perisian Tempatan Microsoft Malaysia, Azli Jamil, berkata pertandingan tahunan itu bertujuan mengembangkan penggunaan teknologi tinggi yang boleh dimanfaatkan peserta dalam perkembangan ekonomi semasa.

Pertandingan itu menjadi landasan untuk memperkukuhkan pengetahuan peserta mengenai industri berkaitan, meningkatkan kemahiran insaniah, kebolehan teknikal serta pendedahan kepada alam perniagaan,”

Pengerusi Imagine Cup yang juga Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, berkata dalam pertandingan tahun ini, peserta didedahkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan menggunakan kebolehan teknikal bagi memberi kesan positif kepada masyarakat.

Tema Imagine Cup kali ini bertujuan mencabar peserta ‘membayangkan keadaan dunia apabila teknologi dapat membantu menyelesaikan masalah paling rumit yang dihadapi hari ini.

Microsoft Malaysia berharap pelajar dapat mencapai impian dalam bidang akademik dan profesional berteraskan sains, teknologi dan reka bentuk,” katanya.

Ahmad Yusoff berkata, sambutan peserta dari IPT awam mahupun swasta semakin meningkat. Ia membuktikan pertandingan itu mula diberi perhatian berikutan kesannya kepada usaha membangunkan graduan lebih berdaya saing.

Tahun lalu, Imagine Cup yang dibuka penyertaannya kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) menyaksikan lebih lebih 325,000 pelajar dari 100 negara bersaing di peringkat negara masing-masing untuk mengetengahkan inovasi baru kepada dunia.

Pertandingan kesembilan pada tahun ini akan tamat pada 15 Mac nanti.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: