Nexus S DiDedah, Taruhan Baru Google

Skrin AMOLED lebih jelas

Nexus S adalah jenama telefon pintar kedua yang dikeluarkan Google menandakan keseriusan mereka menampilkan diri dalam pasaran telefon mudah alih. Peranti tersebut turut dikenali sebagai Nexus 2.

Ia akan menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dengan skrin lebih cerah bersaiz 4 inci yang berkuasakan AMOLED, 1 1/2 kali lebih baik kecerahannya berbanding LCD pada telefon pintar.

Peranti tersebut turut mempunyai sensor sesentuh baru dengan pengalaman papan kekunci turut disediakan dan diperkemas dengan paparan anti kesan jari.

Ia bakal menggunakan pemprosesan 1GHz Hummingbird untuk pelbagai tugasan, carian web, permainan melalui pemprosesan grafik khusus yang diasingkan.

GPU tersebut membolehkan pengguna bermain game video, melihat imej dan menonton video dengan lancar dan mewah.

Memori dalamannya dikatakan 16GB cukup untuk menyimpan barang multimedia namun dikatakan tidak mempunyai slot kad memori microSD.

Nexus S turut didatangkan dengan teknologi termaju termasuk sistem pembayaran NFC tanpa wayar yang membaca tag dihubungkan ke cip untuk pembayaran yang dilakukan menerusi telefon.

Kameranya pula dikatakan 5.0 megapiksel dengan fungsi flash LED malah boleh bertindak sebagai router Internet

Baterinya menggunakan kuasa 1500mAh yang memungkinkan anda bercakap sehingga 20 jam.

Setakat ini, harga yang didedahkan dianggarkan dalam lingkungan RM1,899.

%d bloggers like this: