Menyimpan dan Mengakses Kehidupan Digital dalam Era Internet

Pengalaman dalam kehidupan memang beraneka dan sering dilupai, tetapi kenangan serta memori akan kekal untuk selama-lamanya. Adakah anda masih ingat masa tamat pelajaran, pelancongan pertama dengan sahabat, ataupun percutian dengan ahli keluarga yang paling anda gemari? Foto dan video bukan sahaja dapat menangkap detik-detik yang indah tetapi juga merakamkan perasaan kehidupan anda pada masa itu. Muzik pula merupakan pengantara lain yang dapat membentuk kehidupan kami. Ada sebahagian orang menentukan nilai kehidupan mereka mengikuti koleksi muzik. Bagi segolongan orang, sesebuah lagu yang tertentu dapat mengimbas kembali ingatan yang terpendam.

Tetapi semasa anda sedang merekod dan mengekalkan semua peristiwa istimewa, lagu dan sejarah keluarga, data yang perlu dikendali dan dipelihara adalah seumpama bukit. PC anda hanya boleh menyimpan jumlah fail yang tertentu – dan anda menghadapi risiko kehilangan semua data jika apa-apa yang tidak diingini berlaku padanya. Lagipun, menyimpan segala data dalam desktop atau komputer riba anda adalah sangat berisiko. Selain daripada itu, menyimpan kesemua data dalam CD atau DVD pun agak leceh.

Memang ketara bahawa, penyelesaian penyimpanan yang lebih selamat serta kekal adalah amat diperlukan – malah ianya perlu mempunyai jumlah kapasiti maksimum seterusnya berupaya untuk menyimpan semua peringatan berharga yang dapat melambangkan kehidupan anda. Dengan pilihan serta kapasiti penyimpanan yang lebih besar, kita dapat menghasilkan, mengakses, berkongsi dan menikmati semua kandungan tanpa had pada bila-bila masa serta di mana-mana jua.

Permintaan Terhadap Penyimpanan yang Lebih Besar

Kini, kegemaran dan kebiasaan digital para pengguna merupakan pendorong yang utama bagi perkembangan teknologi. Menurut satu kajian daripada Parks Associates, purata pengguna dalam rumah akan menyaksikan peningkatan permintaan terhadap penyimpanan media digital ke 900GB pada akhir tahun 2014, didorong oleh banyak video dimuat turun, pengendalian salinan Blu-ray Disc, dan penggunaan rakaman DVR yang semakin meningkat.

Kapasiti bukan lagi menjadi isu bagi orang ramai untuk menyimpan kandungan digital mereka kerana pengeluar pemacu cakera keras selalu berusaha untuk membekalkan peranti yang berkapasiti tinggi dari semasa ke semasa. Pemacu desktop luaran 3TB yang pertama dalam dunia serta pemacu cakera keras ultra-portable 1.5TB yang pertama dari Seagate adalah contoh yang amat baik. Anda mungkin berasa kagum dengan kapasiti setinggi 3TB ini. Namun, anda akan tahu jika anda pernah memerhati betapa banyak gambar yang diambil oleh seseorang jurugambar itu dalam satu majlis.

Rangkaian Sosial Membuka Jalan

Rangkaian sosial seperti Facebook, Flickr, Twitter, dan MySpace berkembang secara giat dengan beribu-ribu pengguna. Kebanyakan laman rangkaian sosial ini membolehkan orang ramai berkongsi dan mengemaskini maklumat digital mereka seperti foto, video serta status peribadi. Namun, banyak laman perkongsian foto ini biasanya mempunyai kapasiti yang had. Malah, bayangkanlah masa yang diambil untuk memindah naik foto-foto. Ia adalah amat meletihkan. Selain daripada memindah naik foto yang boleh dilihat oleh seluruh dunia dalam Facebook, pengguna yang lebih gemar fleksibiliti serta keperibadian semasa perkongsian foto bolehlah pilih peranti penyimpanan yang dapat meningkatkan kemampuan supaya mereka dapat menentukan kawan-kawan atau ahli keluarga yang diingini untuk melihat foto-foto tersebut. Apa yang perlu dilaksanakan ialah untuk memuat turun semua foto ke pemacu dan memilih fail untuk berkongsi serta taipkan alamat emel kawan-kawan dan ahli keluarga. Mereka akan terima notifikasi emel serta satu link yang membawa mereka ke laman tersuai peranti penyimpanan tersebut di mana mereka dapat lihat semua foto yang dipilih.

Ringkasan

Penyelesaian simpanan digital hari ini membolehkan anda menyusun serta memastikan memori berharga disimpan dengan selamat. Pemacu cakera keras luaran dengan kapasiti yang tinggi dapat menyimpan foto, muzik dan video dalam satu pemacu sahaja untuk beberapa generasi; manakala simpanan berangkaian pula membolehkan anda menyimpan serta berkongsi kandungan peribadi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan yang berada di lokasi serta generasi yang berlainan. Semakin banyak anda berkongsi, rangkaian anda juga akan terus meningkat. Inilah keindahan teknologi digital.

Kotak bar sampingan

Berikut adalah cara-cara memilih pemacu cakera keras luaran untuk keperluan salinan data anda.

  1. Memeriksa keperluan membuat salinan bagi komputer anda. Anda hanya perlu memastikan kuantiti dan saiz semua fail yang perlu disimpan dan belilah pemacu cakera keras luaran yang dapat memenuhi keperluan penyimpanan. Fail yang mengandungi grafik, bunyi dan video memerlukan lebih banyak ruang. Jika anda ingin memindah fail di antara beberapa komputer atau pemacu untuk menyalin sebahagian fail sahaja, anda boleh memilih pemacu yang lebih kecil (dari 250GB ke 500GB). Anda memerlukan pemacu dengan kapasiti yang lebih besar (1TB atau lebih besar) jika anda ingin menyalin semua fail dalam satu komputer atau dalam beberapa komputer, ataupun jika anda mempunyai banyak fail video dan audio. Untuk memastikan pemacu cakera keras luaran masih boleh digunakan selepas beberapa tahun, pilihlah pemacu cakera keras luaran yang berkapasiti besar (di antara 500GB dan 2TB). Oleh itu, pemacu ini pasti boleh memenuhi keperluan anda pada masa yang akan datang.
  2. Membandingkan pemacu cakera keras luaran mengikuti faktor bentukya. Saiz sesebuah pemacu cakera keras itu menunjukkan kapasiti, prestasi dan mobilitinya. Semakin besar saiz pemacu cakera keras luaran itu, maka semakin besar kapasiti serta prestasinya yang lebih baik, tetapi mobilitinya pula terus berkurang. Pilihlah jenis pemacu cakera keras luaran yang betul berdasarkan keperluan anda.
  3. Memilih pemacu yang dilengkapi dengan pilihan pemasangan yang mudah dan bersesuaian dengan sistem konfigurasi komputer anda merupakan tindakan yang bijak.
  4. Pemacu cakera keras kuaran biasanya mempunyai salah satu daripada tiga jenis penyambungan. Di antaranya, USB2.0 dan 2 penyambungan lain merupakan penyambungan yang biasa digunakan iaitu eSATA dan FireWire. Penyambungan USB adalah biasa digunakan untuk pemacu yang tidak memerlukan pemasangan. Walau bagaimanapun, eSATA dan FireWire memberikan kelajuan yang lebih cepat serta prestasi yang lebih baik jika berbanding dengan USB. Jangan berlengah lagi jika komputer anda dilengkapi dengan port eSATA atau FireWire.
  5. Jangan lupa untuk memeriksa jaminan sesebuah pemacu itu.
  6. Pilih jenama dengan reputasi yang baik dan tahan lama serta dengan adanya sokongan teknikal yang baik.   – Petikan Seagate Technology
%d bloggers like this: