LG Bagi Pengguna Power

Bunyi keliling padu dan 'power'
LG Electronics (LG), pemimpin global dan inovator teknologi audio-video mendedahkan set teater rumah baru melalui HX995TZ iaitu pemain bluray berkuasa 3D menawarkan platform yang terbaik dalam filem 3D dengan audio sinematik.

HX995TZ dengan gaya canggih terdiri daripada dua speaker depan, dua speaker keliling dan unit utama yang telah dirancang khusus untuk diselaraskan dengan TV. Saiz keseluruhan sistem tersebut dari depan ke belakang hanya 29mm pastinya sesuai walaupun rumah kita mempunyai ruang yang terhad.

“Model HX995TZ adalah platform sempurna untuk menonton cakera bluray 3D dan 2D dan banyak lagi, dengan suara yang benar-benar mengisi ruang bilik,” kata Kwon Kee Hyoug, Pengarah Urusan, LG Electronics (M) Sdn Bhd “Dan dalam penawaran sambungan wayarles untuk kandungan internet dan perpustakaan digital pengguna yang ada di pasaran, HX995TZ dilihat sangat praktikal,” katanya.
Seperti semua sistem dilengkapi 5.1 channel HX995TZ dilengkapi dengan teknologi audio yang luar biasa dengan kerangka yang nipis, sistem ini memberikan output 1,100 watt, menghasilkan audio yang segar, kuat dan benar-benar mendalam.

Selain itu, enam mod LG Sound Gallery – termasuk VSM Plus, Clear Voice dan MP3 Up-scaling – membolehkan pengguna untuk menyesuaikan suara mengikut spesifikasi yang tepat mereka perlukan.
Melengkapi pakej tersebut, HX995TZ juga disertakan dengan BD-Live dan Gracenote, yang memberikan penonton akses online untuk muzik dan maklumat filem.

%d bloggers like this: