GoFlex Baru Untuk Mac

Sesuai untuk keluarga

Bagi memenuhi kegemaran peribadi komuniti Mac, Seagate hari ini memperkenalkan koleksi baru pemacu luaran GoFlex untuk Mac yang direka khusus demi kemudahan pengguna Mac OS X dan Time Machine dalam menyalin, menhantar atau berkongsi kandungan digital.

Penyelesaian desktop berformat HFS+ mudah alih baru ini adalah berserasi sepenuhnya dengan perisian salinan Apple Time Machine dan sementara masih boleh berfungsi dalam komputer sama ada Microsoft Windows atau Mac OS X. Malah, ciri-ciri unik pemacu GoFlex untuk Mac membolehkannya dapat digunakan dalam komputer dengan sistem operasi Windows cuma dengan memuat turun panduan HFS+ untuk Windows melalui Seagate.com. Langkah ini mengizinkan pengaksesan baca/tulis sepenuh ke pemacu itu dari komputer Windows.

Setiap produk GoFlex untuk Mac sedia dilengkapi dengan FireWire 800, adapter USB 2.0 dan kabel – antara muka yang paling popular untuk komputer Apple – malah ia menawarkan fleksibiliti penukaran antara muka pemacu itu ke USB 3.0 atau dengan eSATA bagi penggunaan dalam komputer Windows. Kabel antaramuka GoFlex ini dapat mencapai kelajuaan, prestasi dan penyambungan yang diinginkan oleh para pengguna dengan perbelanjaan yang sewajarnya dengan perubahan teknologi. Untuk mengwujudkan perasaan baru serta perpadanan dengan produk-produk Apple kini, setiap pemacu mudah alih 2.5 inci dalam keluarga ini adalah tahan lama, lembut, berwarna metalik serta tahan kepada calar, cap jari atau tanda-tanda lain ketika dalam perjalanan.

Siri pemacu luaran GoFlex untuk Mac termasuklah:

    • GoFlex for Mac ultra-portable drive— pemacu mudah alih 2.5 inci ini adalah direka khas untuk penggunaan Apple Time Machine yang mudah beroperasi sama ada menukar atau mengemaskini fail sebelum fail itu diciptakan. MSRP $199.99 untuk 1TB, dan $249.99 untuk 1.5TB.
    • GoFlex for Mac Limited Edition ultra-portable drive Pemacu mudah alih edisi terhad GoFlex untuk Mac ditawarkan dengan pakej storan 1TB dalam bentuk faktor 2.5 inci yang mengikut piawaian, menjadikannya pemacu berkapasiti tinggi yang ternipis dalam parasan pada hari ini. Dengan ketebalan12.5mm yang kurang daripada sebuah iPhone, pemacu mudah alih edisi terhad GoFlex untuk Mac ini merupakan pemacu yang sempurna untuk digunakan dengan GoFlex TV atau GoFlex Net. MSRP $199.95 untuk 1TB.
    • GoFlex Pro for Mac ultra portable— Pemacu 2.5 inci dengan kelajuan 7200RPM ini menyampaikan prestasi unggul untuk profesional yang memerlukan penyimpanan kapasiti tinggi, seperti artis grafik, ahli muzik, jurugambar video atau jurugambar. Menerusi kabel FireWire 800 kelajuan penghantaran dapat menjangkau sehingga 3 kali ganda lebih cepat daripada USB2.0. MSRP $149.99 untuk 500GB; $179.99 untuk 750GB.
    • GoFlex Desk for Mac drive— Pemacu luaran berkapasiti tinggi 3.5 inci mempunyai rekabentuk yang fleksibel supaya ia boleh diletak secara melintang atau menegak dalam tempat kerja anda. Pemacu ini boleh menyalin fail melalui Apple Time Machine. Perisian tambahan termasuklah lampu yang menunjukkan kapasiti real-time pemacu itu serta alat-alat lain yang berguna. MSRP $219.99 untuk 2TB; $279.99 untuk 3TB.

Selain daripada itu, setiap pemacu GoFlex untuk Mac boleh berfungsi dengan peranti lain dalam GoFlex Storage System seperti GoFlex Net media sharing device dan GoFlex TV HD media player.

Penyelesaian-penyelesaian ini mengwujudkan fleksibiliti supaya pengguna menikmati kandungan digital dari TV ataupun peranti mudah alih seperti iPad atau telefon pintar. Perisian tambahan untuk digunakan dengan semua pemacu GoFlex untuk Mac dapat dimuat turun dengan satu lagi pilihan yang dibekalkan. Perisian tambahan ini termasuklah utiliti yang berguna seperti pengawal yang mematikan nyalaan lampu aktiviti serta satu alat untuk mengesahkan bahawa pemacu itu berfungsi dengan baik. Setiap pemacu dalam keluarga ini dilengkapi dengan jaminan tiga tahun demi perlindungan pelaburan tanpa risau.

Sedangkan lebih dari 10 bilion lagu dimuat turun dari iTunes store serta pasaran saham Apple yang mendadak tahun setahun, bilangan pengguna Mac OS X akan meningkat seterusnya menyalin kesemua kandungan digital mereka menerusi penyimpan luaran,” kata Darcy Clarkson, naib presiden untuk Penjualan dan Pemasaran Global Seagate. “Pengenalan produk hari ini telah menunjukkan penyelesaian mengikuti arah aliran pasaran baru-baru ini serta menunjukkan komitmen Seagate untuk menyampaikan penyelesaian yang fleksibel dan mudah untuk digunakan bagi memenuhi keperluan para pengguna.”

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: