CES 2011: Eeeee…Takkan Geli dengan Asus Baru, Mengancam

Papan kekunci boleh dilungsurkan...Hebat.
Spesifikasi untuk Eeepad Slider
Papan kekuncinya boleh dicabut
Spesifikasi Eeepad Transformer

Jom mulakan CES 2011 dengan Asus yang dikuasakan Tegra 2, tablet 10.1-inci dengan papan kekunci fizikal yang unik. Model Eee Pad Slider.

Peranti ini dirancang untuk menggunakan Google Honeycomb sebagai operasinya dengan paparan beresolusi 1280 x 800 piksel dengan port mini-HDMI dan port mini USB serta slot kad microSD.

Beratnya pula hanya satu kilogram setebal 0.5 inci dengan kamera depan1.2 megapiksel dan kamera belakang 5 megapiksel dengan lampu flash LED.

Satu lagi produk ialah EeePad, Transformer bersaiz 10.1 inci beroperasi pada Android 3.0 dan dibungkus dengan Tegra Dual-Core 2. prosesor.

Dua kamera disediakan dan paparannya sejelas 1280 x 800 piksel pasti menakjubkan dengan ketahanan bateri 16 jam.

Harga EeePad Transformer dijangka RM1,280 dan RM2,240 manakala EeePad Slider dijual dengan harga RM1,600 serta RM2,560.

Bila akan dikeluarkan? Khabar menyatakan ia bakal dipasaran April dan Mei nanti.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: