Cerahnya Projektor

SAIZNYA tidak besar dan boleh dimuatkan dalam beg laptop malah rekaannya mengekalkan ciri moden. Itulah kelebihan dua siri projektor dihasilkan ViewSonic menerusi siri PJD7 dan Pro8 yang masing-masing mempunyai dua model.

Menariknya, ViewSonic memaklumkan kedua-dua siri ini sesuai untuk digunakan dalam bidang pendidikan terutama dalam kelas yang mempunyai pelajar di peringkat menengah atau rendah.

Siri PJD7 dengan modelnya PJD7383i dan PJD7583wi memiliki kekuatan pancaran ke skrin bersaiz sehingga 80 inci dari jarak hanya satu meter malah dilengkapi perisian yang membenarkan tontonan tiga dimensi (3D).

Lebih menarik, ia disertakan dengan pen interaktif yang membolehkan penggunanya berkomunikasi dengan paparan yang dipancarkan projektor dengan pelbagai mod warna.

Selain itu, siri PJD7 juga dilengkapi sistem sambungan luaran seperti slot USB untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran.

Manakala siri Pro8 dengan model Pro8200 dan Pro8500 menggunakan teknologi dihasilkan menerusi enjin khas menghasilkan kontras dinamik mengagumkan yang menyediakan visual lebih jelas.

Malah, pengguna berpeluang mengubah tahap kecerahan cahaya luminen projektor berdasarkan kesesuaian suasana.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: