Beli iPad RM1 di MIF

Malaysian IT Fair (MIF) yang pertama bagi tahun 2011 menawarkan peluang kepada pengunjung membida bagi mendapatkan produk digital kegemaran masing-masing termasuk iPad, laptop berjemana, kamera digital, telefon bimbit pintar dan lain-lain lagi pada harga permulaan serendah RM1.
Jadilah orang pertama memiliki produk IT terkini daripada  pesta IT yang  pertama bagi tahun 2011.
Pameran selama 3 hari akan diadakan bermula 28 hingga 30 Januari 2011 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. Dengan tema ’Mendekatkan IT Kepada Anda’ , pesta yang dianjurkan oleh Unified Distribution Technologies Sdn Bhd akan mempamerkan lebih 70 jenama global dengan lebih 200 gerai di ruang pameran seluas 4776 meter persegi, menjadikan pameran ini antara yang terbesar di negara ini bagi memenuhi keperluan gaya hidup digital yang berkembang pesat.
Selaras dengan minat dan kepesatan teknologi dikalangan rakyat Malaysia menjadikan pesta IT sengat popular di negara ini.
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Synovate, 29 peratus daripada penduduk Malaysia pada tahun 2008 sangat berminat dengan teknologi dimana SMS menjadi medium utama untuk berkomunikasi. Manakala kajian oleh TNS pada tahun 2010 menunjukkan purata rakyat Malaysia memiliki lebih dari daripada 240 kenalan Facebook dan menghabiskan banyak masa bersembang di Facebook. Malah mereka juga gemar untuk mengemaskini status di Facebook melalui telefon bimbit.
Anda tidak perlu risau jika terlepas peluang pada sesi lelongan kerana segala apa juga berkaitan IT – perisian, perkakasan, kamera digital dan peralatan pengimejan, alat audio visual, TV LCD dan aneka aksesori akan ditawarkan pada harga yang amat istimewa selain dapat menikmati pelbagai promosi lain termasuk pemacu USB 4GB hanya pada harga RM 1!
Kaspersky Lab, selaku penaja utama keselamatan perisian, akan menjalankan promosi khas untuk produk mereka, Kaspersky Antivirus 2011 dan Kaspersky Internet Security 2011 yang sudah meraih pelbagai anugerah, pada harga menarik, bagi memastikan anda dapat menikmati gaya hidup digital dengan lebih selamat.
Menurut Pengarah Jualan Saluran Asia Tenggara, Encik Jimmy Fong, penajaan pesta IT kali ini adalah selaras dengan kepentingan sistem keselamatan daripada benda yang tidak diingini mengancam komputer, telefon bimbit dan juga laman rangkaian sosial anda.
“Peringatan dan kesedaran dikalangan pengguna peribadi dan sektor perniagaan tentang malware adalah satu usaha yang berterusan kerana jenis ancaman ini akan terus berkembang. Banyak pelanggan dan syarikat masih tidak sedar bahawa bahayanya malware dan menganggap ianya hanyalah gangguan biasa dan sementara. Sekarang malware boleh digunakan untuk mencuri maklumat, identiti, kad kredit, akaun bank untuk kepentingan sendiri yang boleh menyebabkan kerugian yang besar,” jelas Encik Fong.
“Kita juga akan cuba mendekati dan memperingatkan pengunjung pesta IT nanti tentang topic siber yang serius. Disamping itu juga terdapat berbagai aktiviti dan cenderahati sempena Tahun Baru Arnab yang akan datang,” beliau berkata.
Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik lagi menghiburkan termasuk peraduan yang amat mudah untuk menang, roda impian serta dapatkan paket ang pow edisi terhad Jackie Chan dan penanda buku Zodiak Cina. Bagi peminat bidang fotografi jangan lupa untuk menyertai pertandingan fotografi yang menawarkan hadiah lumayan. Malah anda berpeluang mendapat tip feng shui menjelang Tahun Baru Arnab daripada pakar feng shui terkenal.
Kunjungi laman web Facebook rasmi pameran ini iaitu  www.facebook/MalaysiaITFair <http://www.facebook/MalaysiaITFair> untuk menyertai pengundian sebelum pesta ini berlangsung bagi mengundi produk digital yang anda mahu supaya ia dilelong bermula pada harga RM1*.
Antara barangan yang ditawarkan untuk dilelong termasuk navigator GPS, tablet mini, TV LCD, telefon pintar, kamera digital, laptop berjenama dan iPad yang menjadi produk mesti dimiliki oleh mereka yang gilakan teknologi IT terkini.
Laman Facebook MIF juga sarat dengan segala maklumat terkini mengenai produk, harga, promosi, serta berita ringkas mengenai teknologi terkini serta pelbagai intraraktif dengan penggemar IT dari seluruh Malaysia.
%d bloggers like this: