Ujian DSLR Nikon D7000 Memang ‘Best’

Terdapat satu kelebihan yang anda boleh dapat menerusi kamera DSLR Nikon D7000, iaitu antara peranti menutup tirai 2010 ini – ia mempunyai warna yang sangat menarik, terang dan jelas.

Tentunya, hasil yang dikeluarkan menjadikan warna sebenar pastinya menggembirakan pengguna. Warna hitam lebih pekat dan warna putih tanpa terganggu pada skrin memang mengasyikkan.

Tambahan pula, lensa NIKKOR dan lampu flash berkelajuan tinggi, SB-700, jelas membuktikan keyakinan Nikon untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam segmen kamera DSLR.

Bagi menambah nilai, Nikon turut menawarkan perisian penyuntingan dan capaian imej, Nikon ViewNX2, secara percuma untuk dimuat turun semua pengguna Nikon.

Model Nikon ini dilengkapi penderia imej DX-format CMOS baru, prosesor imej terkini Nikon, EXPEED 2, penderia meter sehingga 2,016 piksel sistem AF baru dengan 39 pusat fokus dan fungsi D-Movie untuk rakaman video definisi tinggi (HD) penuh.

Saiz imej yang boleh dirakam –  4,928 x 3,264 [L], 3,696 × 2,448 [M], 2,464 × 1,632 [S]; D-movie: 1920 x 1080 / 24p, 1280 x 720 / 30fps, 1280 x 720 / 25fps, 1280 x 720 / 24fps, 640 x 424 / 24fps

Sensitivitinya pula – ISO 100 hingga 6400 – 1/3, 1/2, or 1 EV, plus HI-0.3, HI-0.5, HI-0.7, HI-1, HI-2 (ISO 25600)

Saiz skrin LCD – 3.0 inci

Jangka hayat rakaman – 1,050 rakaman

Paling menarik, fungsi video dengan rakaman HD menyebabkan pengguna tidak lagi perlu menggunakan kamera video. Cukup dengan D7000 untuk fotografi dan videografi yang indah.

Harganya pula dianggarkan kira-kira RM15,999 (kerangka saja).

%d bloggers like this: