Maher Zain Paling Popular, Kalahkan Justin Bieber

Google baru-baru ini mengumumkan Zeitgeist tahunannya, iaitu visi sepanjang 2010 melalui data kolektif dunia dalam laman web. Laporan 2010 Year-End Zeitgeist menawarkan perspektif yang unik kepada peristiwa besar tahun ini dan trend terpanas berdasarkan carian global, serta carian dilakukan di Malaysia menerusi google.com.my

Ketika munculnya minat di Malaysia dengan Proton Inspira, ia berjaya mengalahkan carian hebat lain di dunia seperti Apple iPad malah ‘Persembahan Terbaik di Dunia’ pun tidak berupaya mengatasi carian di negara ini mengenai pengeluar kereta nasional yang menyerupai Mitsubishi Lancer tersebut, yang dilancarkan pada bulan November lepas. Carian paling pantas meningkat tahun 2010 juga menunjukkan Malaysia akan berada di atas talian untuk berbagai alasan, daripada menjenguk drama Indonesia, Benci Bilang Cinta dan menghabiskan masa berinteraksi melalui Facebook sehinggalah mencari tawaran terbaik menerusi mudah.com.my dan mengemaskini berita terbaru di Utusan. Mereka juga terus mempunyai refleks mereka tajam bermain game atas talian seperti Didi dan terus mengikuti perkembangan penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber.


Beliau mungkin tidak dikenali di sebahagian besar dunia, tapi peminat tempatan untuk penyanyi kelahiran Sweden/Lubnan, Maher Zain berada di carta teratas untuk
senarai carian individu paling pantas meningkat berbanding Bieber dan pelakon Indonesia penuh kontroversi dengan skandal seksnya, Luna Maya


Carian Bahasa Malaysia pada google.com.my juga terbukti sangat popular. Sebagai contoh, pencarian untuk ‘tokek’ (Tokay Gecko) mendorong istilah tersebut untuk No.1 dalam senarai headline tempatan paling pantas meningkat selepas laporan berita menyatakan bahawa daging tersebut boleh mencecah sehingga RM1 juta sekilogram di pasaran luar negara dan mungkin akan digunakan sebagai ubat untuk HIV / AIDS. Malaysia juga ingin menikmati kebebasan kewangan melalui pelbagai kaedah, carian menggunakan soalan ‘Bagaimana untuk memulakan perniagaan’ berada di kedudukan teratas berbanding carian menggunakan soalah ‘bagaimana …’ dalam senarai paling pantas meningkat.


Definisi – ‘Paling pantas meningkat’
Persoalan ‘paling pantas meningkat’ adalah istilah carian yang telah melihat peningkatan terbesar dalam jumlah carian selama melalui jangka waktu tertentu (dalam kes ini, 2010). Anda boleh menganggap kesemua persoalan ini seakan ‘bintang yang bertaburan’ – kerana kedudukan mereka dalam carian meningkat dengan cepat!

Carian paling pantas meningkat 2010

  1. proton inspira
  2. ipad
  3. benci bilang cinta
  4. world cup 2010
  5. justin bieber
  6. fb
  7. utusan online terkini
  8. mudah.com.my selangor
  9. didi games
  10. fifa
Individu paling pantas meningkat

  1. maher zain
  2. justin bieber
  3. luna maya
  4. din beramboi
  5. lady gaga
  6. hanis zalikha
  7. lee min ho
  8. adam lambert
  9. siti nurhaliza
  10. paul tan
Headline tempatan paling pantas meningkat

  1. cicak tokek
  2. sosilawati
  3. achik spin
  4. akademi fantasia 8
  5. haiti
  6. budget 2011
  7. proton inspira launch
  8. sultan johor mangkat
  9. banjir di kedah
  10. paul (the octopus)
Carian paling pantas meningkat untuk persoalan ‘bagaimana…’

  1. …memulakan perniagaan
  2. …nak kurus
  3. …membina blog
  4. …mengenal diri
  5. …menyentuh hati
  6. …menangani stress
  7. …memikat wanita
  8. …menjadi kaya
  9. …sosilawati dibunuh
  10. …nak gemuk

Selain mengatakan kepada kami apa yang masyarakat ingin tahu tentang Malaysia, Google Zeitgeist menjadi alat yang menawarkan pandangan mendalam mengenai topik yang menarik minat seluruh dunia. Istilah carian didapati dari lebih lima puluh negara yang muncul pada laman web Google Zeitgeist, www.google.com.my/zeitgeist2010 – dari calon-calon politik di Amerika Syarikat hingga carian berita di Filipina, malah carian game atas talian di Korea Selatan.

Untuk melihat maklumat lebih lanjut mengenai Google Zeitgeist di seluruh dunia, layari laman web: www.google.com.my/zeitgeist2010.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: