Beratur 30 Jam Awal Untuk Beli Telefon di Sunway Pyramid

Lapan pembeli pertama
Chong Wai Mun (kiri) beratur 30 jam
Tang Chee Meng dan Tan She Yong datang jauh dari Melaka

50 kaki telefon bimbit sanggup beratur 30 jam lebih awal di Sunway Pyramid baru-baru ini hanya untuk membeli peranti berasaskan Android, Xperia X8 yang dijual dengan harga RM8 seunit.

Telefon tersebut hanya dibawa masuk seawal jam 6 pagi pada 4 Disember dan hanya lapan orang pertama saja mampuĀ  membelinya dengan harga RM8 manakala pembeli ke-8 hingga 16 mendapatkannya pada harga RM88 sementara pembeli ke-17 hingga 50 mendapat diskaun 50 peratus.

Pembeli pertama ialah pelajar universiti dari Kuala Lumpur, Chong Wai Mun, 20.

Manakala pembeli yang datang dari Melaka, Tang Chee Meng, 25 dan Tan She Yong, 22, memaklumkan mereka tidur dalam kereta pada pagi Khamis selepas dimaklumkan telefon hanya akan mula dijual pada pagi Jumaat.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: