65 Peratus Pengguna Twitter Bukan Rakyat Amerika

Di sebalik kepopularan laman sosial Twitter di Amerika Syarikat, Pusat Penyelidikan Internet & Projek Kehidupan Amerika, mengeluarkan data menyatakan hanya 8 peratus pengguna internet di negara itu yang menggunakannya.

Ketika ini, 74 peratus penduduk Amerika menggunakan internet dan Pew menyatakan bangsa popular yang menggunakannya hanyalah hispanik, black dan pengguna bandar manakala 14 peratus pengguna di kalangan usia 18-29 tahun sementara 7 peratus lain adalah berumur 30-49 tahun.

Syarikat yang mengasaskan Twitter dari San Francisco dilaporkan berkata mereka mempunyai 175 juta pengguna dengan 370,000 pengguna baru mendaftar setiap hari dengan 65 peratus adalah pengguna di luar Amerika Syarikat.

Penyelidikan Pew seterusnya mendapati 36 peratus pengguna Twitter menyemak status baru setiap hari manakala 41 peratus yang lain berkata mereka hanya menyemaknya seminggu sekali.

76 peratus mereka yang mengemaskini Twitter dengan kerap pula berkata mereka mengepos satu hal peribadi daripada lima pos yang dihantar.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: