Siasat Orang Lain, Suspek Kebas 400 Ribu Kad Kredit

Polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi mengenal pasti sekiranya terdapat individu lain yang bersuhabat dengan seorang rakyat Malaysia yang didakwa mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit di negara itu bulan lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kerjasama itu juga bagi mengenalpasti sekiranya terdapat kuncu-kuncu atau penglibatan rakyat negara itu dalam kegiatan seumpama itu di negara-negara lain.

“Saya telah arahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk menghubungi melakukan jenayah yang sama di negara lain.

“Dalam pada itu, risikan dan siasatan juga bertumpu kepada pembabitan suspek yang mungkin mempunyai hubungan dalam kegiatan yang sama di negara lain,” katanya.

Lin Mun Poo, 32, ditahan pada 21 Okt lepas atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika Syarikat di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Selain mencuri data pemegang kad, suspek juga didakwa minggu lepas atas kesalahan menceroboh beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Suspek dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat.

Pasukan Perkhidmatan Perisikan Amerika memberkas Lin beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

Menurut Pejabat Peguam Negara, ejen perisikan merampas komputer bimbit suspek yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman.

Ketua Perkhidmatan Perisikan Amerika, Brian Parr, dipetik sebagai berkata antara kegiatan suspek ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif. – Bernama

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: