Panas: Jom Bakar Windows Phone 7, Android dan iPhone

Dalam satu ujian ketahanan haba baru-baru ini, peranti berasaskan Windows Phone 7 mencatat kemenangan menewaskan dua pencabar iaitu iPhone dan Android.

Dalam video dihantar penguji yang menggunakan jenama T-Mobile Android G2 (Android) berharga USD599, HTC Surround (Windows Phone 7) berharga USD549 dan iPhone 4 (iPhone) berharga USD731, jenama HTC paling lambat terbakar selepas dipanggang beberapa minit menggunakan api biasa.

Manakala telefon berasaskan Android paling cepat terbakar sementara iPhone pula memberi amaran melalui skrinnya mengenai tahap suhu melampau sebelum terpadam.

Ketiga-tiga telefon pintar tersebut akhirnya meletup selepas lama terbakar.

Untuk video selama dua minit itu, sila layari ruangan video di sebelah.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: