Enterpris: Red Hat Enterprise Linux 6 Fokus Baru

Sistem sumber terbuka membantu melancarkan operasinya dengan penyelesaian secara maya.

Salah satu pembekal terkemuka penyelesaian terbabit, Red Hat Inc, baru-baru ini mengumumkan sokongan ekosistem untuk Red Hat Enterprise Linux 6 dari rakan kongsi Vendor Perisian Bebasnya (ISV).

Dengan model pensijilan yang membolehkan rakan kongsi menggunakan aplikasi dalam apa pun lingkungan secara fizikal, maya dan perkomputeran ‘cloud’, ISV Red Hat membuka peluang penawaran penyelesaian fleksibel dan mudah alih untuk pelanggan mereka.

Red Hat Enterprise Linux 6 menawarkan pemaju perisian dan platform vendor yang konsisten dan menarik untuk proses pengembangan, pengujian dan memenuhi syarat produk mereka seterusnya mengurangkan kos dan masa.

Mungkin ramai kurang memahami sistem tulang belakang yang jarang diketengahkan jika dibandingkan dengan produk pengguna seperti telefon bimbit mahupun perisian dihasilkan Microsoft yang sememangnya sudah popular di kalangan masyarakat.

Ringkasnya, sistem terbuka Red Hat ini menyediakan platform dalam kerangka utama yang menggerakkan operasi perkomputeran.

Ia dijarang didengar memandangkan penumpuan sistem ini terbuka kepada sistem tulang belakang perkomputeran seperti pelayan dan storan namun kalau anda.

Berbalik kepada Red Hat, komitmen mereka berupaya menyediakan program standard aplikasi dan antaramuka binari (API/ABI) stabil memastikan aplikasi dapat beroperasi penuh sepanjang hari.

Komitmen ini meliputi mod pengguna yang dilantik dan antaramuka paling luas dalam pergerakan pantas ekosistem sumber terbuka.

Hasilnya, kemaskini dan sistem tambahan boleh dimasukkan dalam platform digunakan tanpa mempengaruhi aplikasi daripada gangguan tertentu.

Hal ini membolehkan pelanggan untuk memperluaskan ciri terbaru dengan cepat dan mudah sambil menikmati tahap prestasi dan keselamatan yang tinggi.

“Ekosistem perisian Red Hat yang luas dan perkakasan diiktiraf adalah manfaat utama yang kami tawarkan kepada pelanggan membolehkan tahap fleksibiliti dan yang paling penting, pilihan bagi mereka yang mahukan misi teknologi maklumat kritikal,” ujar Naib Presiden Unit Platform Perniagaan Jim Totton.

“Komitmen API / ABI membezakan kami dari persekitaran operasi lain yang membuatkan Red Hat Enterprise Linux dan ekosistem yang disahkan sesuai untuk jangka panjang, penyebaran stabil dan tidak bersifat fizikal pada persekitaran pengkomputeran maya dan cloud,” katanya.

Kenyataan terbabit disokong syarikat BMC Software yang beranggapan Red Hat Enterprise Linux 6 menambah kemajuan tersusun dan menghasilkan kerangka pengkomputeran stabil.

Naib Presiden Pembangunan perniagaan Syarikatnya, Johnny Ola, berkata penyebaran aplikasi fleksibel menyokong misi perkhidmatan perniagaan berkualiti tinggi yang membolehkan beban kerja di persekitaran cloud fizikal, swasta dan awam teratur.

Manakala Naib Presiden Kanan dan Ketua Arkitek CA Technologies yang bertanggungjawab dalam pembangunan, Tim Brown, menyifatkan Red Hat Enterprise Linux berupaya melindungi tahap keselamatan tinggi walaupun berada di persekitaran sumber terbuka.

“Keselamatan adalah keutamaan nombor satu untuk setiap organisasi sama ada mereka beroperasi dalam persekitaran fizikal, maya atau cloud,” kata Brown.

Dengan keserasian Red Hat untuk Red Hat Enterprise Linux 6, CA Technologies mampu meningkatkan pelaburan berbanding operasi sebelumnya dari aspek platform dan memberikan identiti serta pengurusan masuk ke penyelesaian yang dikemaskini.

Sementara itu, Naib Presiden Sistem Terbuka Linux di IBM, Dr Bob Sutor, berkata perniagaan lebih melihat prasarana maya mereka yang memerlukan teknologi terbuka, kukuh, dan fleksibel.

“Kombinasi platform Red Hat Enterprise Linux 6 dan teknologi IBM bererti pelanggan boleh melihat ke kaedah tertentu dengan berkos efektif untuk memenuhi pusat data cloud dan keperluan maya,” katanya.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: