DiGi Tawar Bufet Lagu, Ambillah Sebanyak Mana Kau Nak, RM5 saja!

Buat pertama kali dalam sejarah DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) memperkenalkan aplikasi iPhonenya sendiri yang membolehkan pengguna memuat turun 400,000 lagu dengan hanya membayar RM5 sebulan.
Ia berikutan hasil kerjasama dengan dua syarikat label terkemuka, Universal Studio dan Sony Music yang memungkinkan pelanggan menaip aplikasi DiGiMusic dalam Apps Store serta memulakan tiga langkah mudah muat turun aplikasi tersebut.
Ketua Segmen Pemasaran DiGi, Moharmustaqeem Mohammed, berkata ia aplikasi pertama diperkenalkan syarikat berpengkalan di Shah Alam itu sejak mengetengahkan model iPhone 3G, 3Gs dan 4G.
Pelbagai genre lagu boleh dicari dan beliau membayangkan kesediaan platform lain seperti Android dan Windows Phone 7 juga bakal memperkenalkan perkhidmatan sama tidak lama lagi.
“Selain itu, ia berupaya mengurangkan kegiatan cetak rompak memandangkan harga RM5 dikira amat berpatutan malah lebih baik daripada pesaing yang menawarkan perkhidmatan serupa dengan harga RM8,” katanya.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia