BlackBerry Torch Warna Putih Merah

Syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat AT&T mendedahkan telefon BlackBerry Torch warna putih dan merah sebelum ia sempat dipasarkan.

Pengeluar telefon pintar yang terkenal dengan jenama BlackBerry, Research In Motion (RIM) kini menambah gear apabila memperkenalkan Torch 9800 baru yang menggabungkan papan kekunci QWERTY dan fungsi sesentuh buat pertama kali.

Berbekalkan sistem operasi BlackBerry 6 baru yang membolehkan antaramuka lancar bekerja dengan skrin sentuh dan fungsi pad pengesan termasuk memudahkan urusan rangkaian sosial dan saluran RSS.

Pada masa sama, aspek visual dititikberatkan apabila ia dilengkapi kamera lima megapiksel dengan keupayaan ‘flash’ serta penstabil imej ditambah 11 mod foto dan rakaman video yang sesuai untuk rakaman spontan.

Telefon pintar baru ini menyediakan akses bersepadu untuk BlackBerry Messenger (BBM), Facebook, Twitter, MySpace dan pelbagai pesanan segera ditambah pengalaman multimedia yang dipertingkatkan.

Selain itu, ciri carian setempat juga membenarkan pengguna mencari kandungan pada telefon pintar serta melanjutkan pencarian untuk Internet.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: