Huawei dengan Tablet S7

Kegilaan terhadap tablet mudah alih dimeriahkan pula dengan produk Huawei melalui S7 yang mengguna pakai sistem Android berfungsi dengan baik bagi paparan secara mendatar atau memanjang, sekali gus memberikan kemudahan ketika melayari Internet.

Membaca dan menghantar e-mel kini lebih selesa dengan skrin S7 yang lebih luas berbanding telefon pintarnya apabila ia mampu memaparkan papan kekunci maya bersaiz sebenar untuk kemudahan menaip.

Ia mempunyai keupayaan WiFi dan mampu membuat panggilan telefon tapi perlu disambungkan dengan set bluetooth bagi mendapat hubungan lebih baik.

Tablet ini mempunyai pemprosesan Qualcomm Snapdragon 768MHz dengan RAM 256MB dan dimuatkan bersama kad microSD untuk simpanan.

Komunikasi pelbagai boleh disepadukan di bawah satu platform, misalnya, jika anda mempunyai kenalan A, anda boleh menetapkan akaun Facebook, Twitter dan sebagainya di bawah satu antaramuka, malah anda boleh meninjau status kesemuanya pada satu masa.

Harganya dianggarkan sekitar RM1,399

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: