Tag: Nokia

Nokia Lancar Lumia 925

Nokia Lumia 925

Nokia baru saja memperkenalkan Lumia 925 yang terus menggunakan Windows Phone sebagai sistem operasinya menjadikan kesinambungan model berasaskan perisian Microsoft sebagai asas utama binaannya.

Telefon seberat 139 gram dengan tahap kenipisan 8.5mm itu jauh berbeza dengan model Lumia 920 terdahulu iaitu 185 gram dan mempunyai tahap nipis 10.7mm. Produk kali ini menggunakan badan aluminium penuh dengan kerangka polikarbonat pada bahagian belakang.

Ia bakal beroperasi pada pemproses 1.5GHz Dual Core, RAM sebanyak 1GB dan kapasiti storan menjangkau 16GB bersama paparan 4.5 inci OLED pada format resolusi 1280 x 768 piksel. Cukup terang bagi kegunaan harian.

Pada masa sama, ia akan menggunakan kamera PureView 8.7 megapiksel dengan kamera depan 1.2 megapiksel dan dijual pada harga di Eropah sebanyak 469euro.

Nokia Baru Semurah $99

Nokia Asha 501

Nokia memperkenalkan model telefon bimbit kelas pertengahan iaitu model Asha 501 yang dijual pada harga hanya AS$99 yang disasarkan kepada pasaran negara membangun.

Persaingan yang memberi tamparan kepada Google Android itu membolehkan Nokia menawarkan fungsi telefon pintar asas termasuk sambungan internet dan aplikasi Facebook.

Model Asha 501 akan mula dijual pada Jun depan dan boleh dimiliki menerusi 60 operator serta pengedar di lebih 90 negara.

Malaysia antara negara yang bakal menerima telefon harga patut ini pada bulan yang sama.

Nokia Dakwa Mereka Lebih Baik dari Samsung

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8EUDTYeREak#!

Kini, dua syarikat telefon menunjukkan persaingan sengit dengan cuba membuka kelemahan gajet masing-masing apabila melakukan demonstrasi perbandingan secara terbuka.

Nokia baru saja mengeluarkan video memperlihatkan gajet baru mereka, Lumia 928 yang dikatakan setanding Samsung Galaxy S3 cuba melakukan demonstrasi jalanan apabila membandingkan kualiti audionya yang dikatakan lebih hebat dari produk Samsung itu.

Syarikat Finland dalam demo tersebut menunjukkan bukti perincian bunyi tanpa gangguan latar belakang produknya lebih baik dari Galaxy S3.

Nokia jarang melakukan serangan terbuka terhadap Samsung sebelum ini manakala syarikat Korea itu lebih mensasarkan Apple sebagai pesaing terdekat.

 

 

Nokia Bakal Hasilkan Tablet

Nokia dikhabarkan sedang dalam perbincangan dengan Microsoft untuk menghasilkan tablet pertama mereka menggunakan sistem operasi Windows yang dikatakan bakal dikeluarkan akhir tahun ini.

Ia selari dengan laporan sebuah akhbar Australian Financial Review yang menemubual CEO Nokia, Stephen Elop di Sydney, baru-baru ini yang mengatakan syarikat itu merancang untuk ‘meluaskan portfolio’ dan tablet adalah perancangan yang jelas untuk portfolio tersebut.

Elop berkata dalam temubual tersebut Nokia menjanjikan ekosistem Windows dengan pembeli Lumia menggunakan Windows Phone dan mahu diseragamkan dengan satu lagi gajet wajib kini, tablet.

Elop juga mengesahkan, syarikatnya tidak mempunyai perancangan langsung untuk mengeluarkan peranti Android.

“Peningkatan penguasaan Samsung membuktikan kewajaran keputusan untuk menggunakan sistem operasi Microsoft. Dalam dua tahun sejak Nokia membuat pengumuman, HTC, Motorola, LG, dan lain-lain mengalami masalah untuk terus hidup jadi kami buat keputusan tepat.”

Nokia Lumia 920 Akhirnya Dilancar

Nokia sah bakal memasarkan Lumia 920 di Malaysia pada 21 Disember 2012 dengan tempahan mula dibuka esok.

Dual telko, Celcom Dan DiGi antara syarikat terawal yang memasarkannya bersama plan mereka.

Syarikat Finland tersebut kembali kepada kekuatan mereka iaitu fungsi kamera dengan teknologi PureView dipasang bersama Penstabilan Imej Optikal dan lensa Carl Zeiss bermakna gambar dan video anda adalah terperinci, bebas kabur dan terang, tidak kira apa keadaan cahaya yang anda alami melalui model Lumia 920 selain cuba memanfaatkan sepenuhnya kekuatan sistem operasi Windows Phone 8.

Lumia 920 baru juga datang dengan PrueMotion HD + iaitu sejenis paparan yang cemerlang di dunia dengan resolusi 1280 x 768 piksel bermotifkan skrin sentuh yang terpantas dan paling sensitif: cukup untuk menawarkan kejelasan setiap warna dan cukup sensitif untuk respon kepada hujung jari anda.

Satu lagi tarikan yang anda akan dapati termasuk kemudahan mengecas bateri telefon tanpa menggunakan pengecas fizikal kerana semuanya boleh dilakukan secara wayarles di mana pengecasnya sudah tersedia dalam peranti itu sendiri dengan kemudahan peralatan dan perisian menggunakan sistem Wireless Charging Shell.

Pengecas wayarles cekap tenaga Nokia datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, jadi anda boleh memilih satu untuk dipadankan dengan telefon anda.

Manakala ciri Nokia City Lens membenarkan anda melihat nama bangunan atau sebagainya apabila ia dibuka menerusi kamera. Contohnya, anda sedang melalui bandar Kuala Lumpur dan melalui Dataran Merdeka tapi anda tidak tahu apakah nama bangunan tersebut, jadi anda hanya perlu buka kamera dan sambungan internet dan ia memberikan namanya iaitu ‘Dataran Merdeka’ atau ‘Bangunan Sultan Abdul Samad’ terpampang di skrin.

Harganya dikatakan bernilai RM1,840.

Saiz Nokia Lumia 920

Sampel gambar

Pengecas wayarles

Nokia City Lens

Nokia Pula Bakal Saman HTC

Satu lagi siri saman menyaman bakal berlaku apabila Nokia dikhabarkan bakal mengambil tindakan terhadap HTC yang dikatakan meniru rekaan depan model Lumia 820 syarikat Finland itu pada telefon terbaru mereka, Windows Phone 8X.

Nokia mula-mula mengeluarkan Lumia 820 dan 920 pada permulaan September manakala HTC mengeluarkan telefon Windows Phone 8 mereka dua minggu kemudian. Malah naib presiden eksekutif jualan dan pemasaran Nokia juga dikatakan menghantar mesej tweet dengan berkata “ia lebih sekadar warna peranti yang sama untuk dipadankan dengan Lumia 920.”

Terdapat sumber menyatakan Nokia akan mengambil tindakan serius terhadap HTC termasuk memohon larangan untuk jualan Windows Phone 8 mereka.

Nokia Tawar Asha 308, Telefon Pintar Murah

Nokia melancarkan model peringkat rendahnya dengan pengelana Asha 308 menawarkan satu pengalaman yang inovatif bagi telefon pintar, penuh dengan sambungan internet, aplikasi, peta, rangkaian sosial dan permainan.

Peranti baru ini menawarkan antaramuka pengguna yang mesra pembangun bermakna persekitaran terbuka bagi pembangunan aplikasi pihak ketiga – ciri-ciri yang telah memasuki beberapa produk Asha Touch.

Asha 308 menawarkan skrin 3-inci, tahan calar, skrin sentuh yang berkapasitif, kamera 2-megapiksel, dan sistem operasi Symbian.

Produk tersebut menjamin kelancaran produk yang dikategorikan dari keluarga Asha Touch dengan pengalaman cepat, menghiburkan dan intuitif.

Antaramukanya juga membenarkan semua aplikasi anda di satu tempat, ‘My Screen’ yang boleh diperibadikan dengan kenalan, kegemaran, aplikasi dan skrin Home selain menyediakan akses cepat kepada ciri-ciri yang paling digunakan seperti pendail telefon atau pemain muzik.

Asha 308 menggunakan pelayar baru Nokia Xpress, yang menggunakan teknologi mampatan perkomputeran ‘cloud’ untuk membuatkan pelayaran laman web lebih cepat tetapi pada masa sama menjimatkan 90 peratus data.

Salah satu ciri-ciri Nokia Xpress membolehkan anda melayari YouTube dalam pelayar secara terus tanpa aplikasi tertentu, tetapi sebenarnya aliran video YouTube dimainkan melalui pemain video telefon itu sendiri.

Ia juga telefon peringkat rendah yang sesuai untuk sambungan Facebook atau Twitter yang sudah sedia dimuatkan bersama.

Sama seperti telefon Asha Touch yang lain, setiap peranti baru datang dengan 40 permainan EA percuma untuk anda untuk memuat turun dan menyimpan selama-lamanya seperti Tetris, FIFA 2012, dan Need for Speed

Asha mempunyai Nokia Maps 2.0 jadi anda boleh menemui tempat-tempat menarik, mencari perkara yang perlu dilakukan dan berkongsi dengan kawan-kawan anda.

Di samping itu, Asha turut dilengkapi dua slot kad sim untuk membolehkan anda menggunakan nombor telefon yang berbeza dengan satu peranti serta lengkap dengan ciri Dual SIM Swap supaya anda boleh menukar kad SIM tanpa mematikan telefon.

Ia dijangka dijual pada harga RM348 saja.

Nokia Kantoi Menipu, Mohon Maaf

Pantulan gambar lelaki menunjukkan dia menggunakan DSLR

Nokia telah memohon maaf selepas iklan yang memaparkan rakaman video yang sepatutnya difilemkan dengan telefon pintar baru Lumia 920 sebenarnya telah dirakam menggunakan peralatan yang berbeza.

Salah satu laman antarabangsa mendedahkan isu itu selepas ia perasan pantulan bayang-bayang pada cermin tingkap yang mendedahkan pegangan peralatan jurukamera yang muncul adalah kamera DSLR dan bukannya telefon tersebut.

Ia juga sekaligus menyebabkan pelabur sudah menunjukkan keraguan mengenai sama ada Telefon Windows 8 itu boleh memulihkan nasib syarikat Finland, sehingga menyebabkan saham menjunam sehingga 6%.

Iklan yang menunjukkan seorang lelaki merakam teman wanitanya menggunakan telefon pintar baru ketika kedua-dua mereka menunggang basikal. Rakaman dipotong daripada bahan profesional yang seterusnya difilemkan, menampilkan kedua-dua pelakon.

Satu urutan skrin menunjukkan rakaman telefon pintar akan kelihatan seperti menggunakan penstabilan imej optik Nokia (OIS) dihidupkan dan dimatikan. Rakaman ini bertujuan untuk menyokong tuntutan Nokia bahawa teknologi membantu mengurangkan imej kabur.

Nokia Lumia 920 – Lebih Hebat Dari iPhone 4s, Harga & Pasaran Malaysia

Nokia melancarkan gajet panas mereka malam tadi dengan sasaran menebus kembali pasaran yang hilang dari pandangan mereka sejak beberapa lama.

Oleh itu, syarikat Finland tersebut kembali kepada kekuatan mereka iaitu fungsi kamera dengan teknologi PureView dipasang bersama Penstabilan Imej Optikal dan lensa Carl Zeiss bermakna gambar dan video anda adalah terperinci, bebas kabur dan terang, tidak kira apa keadaan cahaya yang anda alami melalui model Lumia 920.

Lumia 920 baru juga datang dengan PrueMotion HD + iaitu sejenis paparan yang cemerlang di dunia dengan resolusi 1280 x 768 piksel bermotifkan skrin sentuh yang terpantas dan paling sensitif: cukup untuk menawarkan kejelasan setiap warna dan cukup sensitif untuk respon kepada hujung jari anda.

Untuk perhatian resolusi tersebut lebih baik daripada iPhone 4s yang mempunyai resolusi iaitu 960 x 640 piksel saja

Satu lagi tarikan yang anda akan dapati termasuk kemudahan mengecas bateri telefon tanpa menggunakan pengecas fizikal kerana semuanya boleh dilakukan secara wayarles di mana pengecasnya sudah tersedia dalam peranti itu sendiri dengan kemudahan peralatan dan perisian menggunakan sistem Wireless Charging Shell.

Pengecas wayarles cekap tenaga Nokia datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, jadi anda boleh memilih satu untuk dipadankan dengan telefon anda.

Manakala ciri Nokia City Lens membenarkan anda melihat nama bangunan atau sebagainya apabila ia dibuka menerusi kamera. Contohnya, anda sedang melalui bandar Kuala Lumpur dan melalui Dataran Merdeka tapi anda tidak tahu apakah nama bangunan tersebut, jadi anda hanya perlu buka kamera dan sambungan internet dan ia memberikan namanya iaitu ‘Dataran Merdeka’ atau ‘Bangunan Sultan Abdul Samad’ terpampang di skrin.

Tarikh ia dilancarkan di Malaysia dijangka pada penghujung Oktober dengan harga yang dikatakan bernilai RM1,840.

Saiz Nokia Lumia 920

Sampel gambar

Pengecas wayarles

Nokia City Lens

10 Alasan Mengapa Anda Perlu Beli Nokia Lumia 900

Telefon terkini Nokia, Lumia 900 yang dijangka lebih hebat berbanding Lumia sebelum ini sudah mula dijual pada harga RM1,799. Apakah alasan untuk membeli telefon ini?

  1. Skrin AMOLED 4.3”
  2. Body polikarbonat yang cantik dan kemas, antena lebih menarik
  3. Bateri tahan lama, 7 jam untuk penggunaan kerap
  4. Kamera 8MP, lensa Carl Zeiss
  5. CPU: Qualcomm APQ8055 + MDM9200 (WCDMA)
  6. Windows Phone 7.5 (asyik Android saja)
  7. Nokia Drive, Maps
  8. Video kamera: 30fps
  9. Skydrive untuk memori tambahan selain 16GB dalaman
  10. Butang Windows UI (Back, Start, Search)