Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis) hari ini menandatangani perjanjian bersejarah yang menyaksikan TM membekalkan perkhidmatan HSBB (Akses) kepada Maxis untuk tempoh 10 tahun.

Di bawah terma perjanjian tersebut, TM Wholesale akan membekalkan sambungan akses berkelajuan tinggi menerusi perkhidmatan HSBB (Akses) kepada Maxis. Ini akan membolehkan Maxis menawarkan perkhidmatan bersepadu yang menggabungkan penawaran berasaskan IP kepada lebih daripada 700,000 kediaman setakat ini dan kepada 1.3 juta kediaman menjelang akhir 2012. Perjanjian ini akan memberikan pembekal perkhidmatan gaya hidup berintegrasi terkemuka itu akses sambungan akhir kepada kediaman yang menerima liputan projek HSBB nasional, sebagai tambahan kepada rangkaian fiber optik sedia adanya sepanjang 10,000 km dan lebih 7,000 tapak stesen mudah alih pada masa ini.

Perjanjian penting ini membolehkan Maxis meluaskan komitmennya kepada Malaysia, dengan membolehkan sambungan generic buying prescription drugs online brand for cialis menyeluruh dari mana-mana peralatan yang boleh dihubungkan – dengan penawaran kandungan yang diperkayakan, aplikasi yang bersesuaian dan penyelesaian kreatif menerusi rangkaiannya yang bersepadu, digabungkan dengan akses kepada rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang semakin meluas dari TM Wholesale.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato’ Joseph Salang Gandum. TM telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa manakala Maxis telah diwakili oleh Pengerusinya, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

“Maxis merupakan pembekal perkhidmatan pertama untuk melanggani perkhidmatan HSBB (Akses) TM. Ini adalah perjanjian yang bersejarah buat TM, menandakan permulaan satu era baru dalam usaha sama industri yang akan mengukuhkan kedudukan TM sebagai pembekal perkhidmatan pukal yang neutral. TM memenuhi janji bahawa HSBB akan ditawarkan secara akses terbuka kepada semua pembekal perkhidmatan yang menerima lesen daripada SKMM,” kata Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

Menurut Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda: “Hari ini menandakan satu lonjakan yang besar dalam kedudukan Maxis sebagai peneraju dalam pasaran mudah alih kepada pasaran kediaman. Penawaran Cialis Super Active perkhidmatan data Maxis dan sumbangan hasil berkaitan terus menunjukkan aliran peningkatan, mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menerajui perkhidmatan aplikasi masa depan yang lengkap, justeru menambah nilai kepada gaya hidup warga Malaysia dalam semua aspek. Kami menjangkakan pada tahun 2011, usaha sama dan pelaburan strategik kami akan memberikan peluang yang diperkayakan kepada rakyat Malaysia dalam memenuhi aspirasi jalur lebar negara.”

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, menambah: “Ini merupakan detik penting buat Maxis yang menandakan kemasukan kami dalam pasaran sebagai sebuah syarikat komunikasi bersepadu. Gabungan kedua-dua syarikat yang merupakan peneraju dalam bidang masing-masing, adalah satu langkah penting dalam merealisasikan aspirasi jalur lebar negara. Saya dapat melihat kemajuan produk dan himpunan kandungan data kontemporari kami memperkayakan kehidupan pelanggan, baik di tempat kerja, di rumah mahupun di telefon bimbit mereka. Maxis tidak sabar untuk melihat himpunan lengkap perkhidmatan yang dapat ditawarkan kepada pelanggan kami, selain daripada perkhidmatan wayarles kami sedia ada.”

Perkhidmatan berasaskan IP yang mampu diberikan menerusi HSBB Akses termasuk – tetapi tidak terhad kepada – IPTV, VoIP, video-atas-permintaan (VoD), Internet berkelajuan tinggi, kewujudan maya, e-Kesihatan, TV interaktif dan perkhidmatan ‘hosting’. Maxis kini menawarkan perkhidmatan fiber tetap menerusi rangkaian Fiber Tetap ke Rumah (FTTH) termasuk VoIP kepada para penduduk di Bandar Utama, Sierramas, Bangsar dan Sri Hartamas, – dan dijangka untuk memberikan penawaran Perkhidmatan Kediaman komersil yang diperkaya menerusi FTTH dan HSBB (Akses) selepas ujian rangkaian diuji yang teliti dan pembangunan perkhidmatan yang bertumpu.

Menurut Dato’ Sri Zamzamzairani, perjanjian HSBB dengan Maxis ini juga mengulangi komitmen TM untuk mengukuhkan ekosistem HSBB secara tempatan dengan mendapatkan syarikat-syarikat pembekal untuk menawarkan perkhidmatan nilai tambah kepada para pengguna.

“Perkhidmatan HSBB (Akses) menawarkan peluang baru dan platform yang menyokong pembangunan negara, dengan potensinya untuk meningkatkan penglibatan secara online dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ke peringkat seterusnya agar pengguna di Malaysia mendapat faedah daripadanya – itulah sebabnya kami ingin mendapatkan seberapa ramai rakan usahasama yang boleh. Pada masa ini, TM sedang berbincang dengan pembekal perkhidmatan lain yang berpotensi untuk melaksanakan usahasama yang serupa,” tambah Dato’ Sri Zamzamzairani.

Perkhidmatan HSBB (Akses) yang ditawarkan oleh TM adalah terbuka kepada semua pembekal perkhidmatan yang mendapat lesen daripada SKMM, yang ingin menawarkan perkhidmatan dan aplikasi berasaskan IP kepada pengguna-pengguna akhir. Dua lagi perkhidmatan pukal HSBB yang ditawarkan oleh TM adalah perkhidmatan HSBB (Transmisi) yang telah ditawarkan bermula awal 2009 bagi menyediakan sambungan menyeluruh menerusi rangkaian HSBB; dan perkhidmatan HSBB (Sambungan), yang memberikan Salinghubung berasaskan IP di antara rangkaian TM dan rangkaian pembekal perkhidmatan yang akan mula akan ditawarkan kepada industri pada tahun 2011.

Projek HSBB nasional bernilai RM11.3 bilion yang ditandatangani pada bulan September 2008 ini adalah Usahasama Awam-Swasta antara TM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara. Untuk projek ini, TM membelanjakan RM8.9 bilion manakala Kerajaan menyumbang sebanyak RM2.4 bilion menerusi kaedah tuntutan berdasarkan perkembangan projek yang dicapai oleh TM.

* FTTH (Fiber Tetap ke Rumah) dan HSBB (Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi) bermaksud infrastruktur rangkaian dengan keupayaan akses Internet berkelajuan tinggi yang sama.

Share