PS4

Sony Malaysia bakal memperkenalkan konsol game terbaru, PlayStation 4 atau PS4 pada penghujung November 2013 seterusnya akan mula dijual pada minggu pertama Disember tahun ini.

Ia dijangka akan dijual pada harga RM1,399.

Bagi PS4, Sony juga menyepadukan kemampuan permainan teknologi pengkomputeran awam dan membolehkan permainan diakses daripada pangkalan data dalam talian.

Baga imanapun, Sony tidak mendedahkan judul permainan yang akan ditawarkan dalam internet kerana perancangan permainan Sony sedang dibangunkan.

Konsol terbaru itu akan membabitkan kandungan pengaturcaraan asal dan banyak judul permainan, termasuk Assasin’s Creed IV Black Fog dan Kingdom Hearts III, bagi menarik pengguna menjelang musim persaingan dengan Xbox One baru pada musim cuti Krismas.

 

 

 

Share