Samsung Galaxy S4 d

Amat mengejutkan apabila sumber terus dari New York, Amerika Syarikat selepas pelancaran Samsung Galaxy S4 mengatakan Samsung akan memasarkan telefon baru mereka itu pada harga tidak kurang RM2,200.

Ia ternyata lebih mahal dari versi Note II pada harga RM2,199 dan terdapat staf Samsung memaklumkan harganya mungkin sekitar USD799 atau kira-kira RM2,397.

Di Malaysia pula, satu syarikat telekomunikasi masih menunggu untuk mendapatkan hak eksklusif memasarkannya namun masih lagi belum mendapat kata putus pengurusan Samsung peringkat Asia.

Malaysia juga antara penerima awal S4 yang dijangka akan masuk ke Malaysia pada penghujung April nanti.

Share