Saiz kad Domino ni (anda semua akan dapat kalau penghantar piza terlewat sampai) hampir menyamai saiz skrin Galaxy Note.

Tak caya? Tengoklah...

Tebalnya memang best, tak rasa dalam poket walaupun anda pakai jeans

OK! maka bermulalah episod baru peralatan mudah alih dengan pengenalan model baru Samsung Galaxy Note. Ia telah jadi buah mulut orang ramai sampai aku sendiri pun tak tahu kalau cakap-cakap tu boleh mempengaruhi rebiu atau tidak.

Sebelum memulakan rebiu, aku duduk sebentar depan PC sambil selongkar semua video dalam YouTube, tujuannya nak check pasal Galaxy Note dan apa yang diperkatakan media antarabangsa. Rata-rata menumpukan pada ciri yang sesuai dengan namanya itu, Note!

Ah! memanglah, dah nama pun Galaxy Note, kalau tak boleh ambil nota guna telefon ini, larilah tujuannya. Tadaa! Aku dapat pegang dengan tangan sendiri Galaxy Note setelah dihantar sekotak minggu lepas rasanya…

Buka je kotak, tengok segabak kau besar sangat, 5.3 inci wooo! (panjang tuuuuu…) Kupegang atas ke bawah…bila dah rasa saiz 5.3 inci, impresi pertama “Takdelah panjang sangat, tapi besar memang power”. Sebenarnya, panjang bukan ukuran power seseorang itu…eh bukan seseorang tapi telefon. Maafkan saya.

Jom check sikit, Galaxy Note ini tergolong dalam segmen mana, telefon pintar ke tablet. Paling jelas dalam laman web Samsung atau mana-mana statement yang keluar memang menunjukkan ia khas tergolong dalam golongan telefon pintar.

Ok, secara umumnya, pada pendapat akulah, saiz telefon pintar paling maksimum boleh bla punya patutnya 4.3 inci…Kalau lebih dari itu, ia tergolong dalam kategori tablet. Tapi, saiz tablet paling minimum sepatutnya ialah 7 inci…Argh! Dah pening kejap, so kategori mana aku letakkan Samsung Galaxy Note ni? Lu pikir sendirilah.

Atau mungkin anda seorang yang tengah konfius memikirkan nak telefon pintar atau tablet? Aha…Samsung Galaxy Note memang padan sangatlah tu.

Aku membandingkan Galaxy Note dan Galaxy S II sebab ia seakan abang long si S II walaupun umur kurang. Saiz Note ialah 147 x 83 x 9.7mm manakala si S II ialah 125 x 66 x 8.5mm. Berat pun pastilah lebih pada Note yang kalau diletakkan di atas mesin penimbang menjangkau 178g berbeza dengan S II iaitu 116g je.

Galaxy Note yang ada sekarang menggunakan kelajuan yang memang dahsyat, 1.4GHz dengan kuasa Android Gingerbread (2.3.5 : ini yang lengkap dalam Note aku).

Kuasa 1.4GHz memang best! Terutama kalau korang mempunyai sambungan internet macam siput babi seperti yang aku gunakan untuk telefon (nama dia encik DiGi). Sedikit sebanyak ia membantulah memecutkan setiap kali korang nak buka sesuatu aplikasi terutama media sosial macam Facebook atau Twitter dengan cepat. Untuk ciri yang ini, aku tabik encik Galaxy Note

Android Gingerbread pula memang menunjukkan yang Samsung serius menonjolkan Note sebagai telefon tapi aku dah membayangkan kalau ia menggunakan Honeycomb juga…

(bersambung…)

Rebiu Bahagian 2 : Kamera, Pen S dan …

P/S : rebiu ini tidak dibuat oleh fanboy Apple sama sekali.

Disklemer: rebiu ini hanya pendapat peribadi si pengrebiu. TheSkop hanya mencedoknya!

Share