Tidak ketagih kepada laman web sosial, Facebook, merupakan salah satu rahsia anak seorang tukang kayu, Chai Swee Fen, 20, mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang itu merupakan salah seorang daripada 13 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Chai yang berminat dalam mata pelajaran Matematik, Biologi dan Kimia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di National University of Singapore (NUS) atau Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang farmasi.

“Saya akan sentiasa layari, termasuk berbual dengan rakan-rakan saya untuk menyihatkan minda dan mendapat pengetahuan tambahan. Bagaimanapun, saya tidak ketagih dengan Facebook,” katanya kepada pemberita selepas mendapatkan keputusan STPM di SMK Batu Lintang di sini hari ini.

Cialis lang=”en-US”>

Di Sarawak, seramai 13 calon Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri ini mencapai 4.0 PNGK manakala seramai 870 pelajar telah mendapatkan 3.0 ke atas.

Seramai 5,912 pelajar telah menduduki peperiksaan STPM di Sarawak pada tahun lalu dan 298 orang atau 5.04 peratus adalah calon persendirian. – Bernama

Share