Ubati hari Isnin anda dengan Digi dan Watson Superdeals

Share Button

Digi kini mahu meleraikan kelesuan hari Isnin anda dengan memberi ganjaran istimewa. Dengan kerjasama Watsons dan menggunakan aplikasi MyDigi, pengguna Digi akan boleh menikmati Watsons Monday Superdeals.

Watsons Monday Superdeals menyediakan tawaran hebat menerusi aplikasi MyDigi, dari serendah RM0.99 hingga RM8.99 sahaja. Barangan yang ditawarkan pula berupa produk kecantikan dan kesihatan yang terdapat di Watsons.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah memuat turun aplikasi MyDigi di Apple Appstore atau Google Playstore, kemudian daftar masuk menggunakan nombor Digi. Selepas itu, pergi ke bahagian MyDigi Rewards dan buat belian tawaran hebat Watsons tersebut. Selepas membuat belian, tawaran itu boleh ditebus di mana-mana cawangan Watsons.

Sebagai permulaan, semalam Watsons menawarkan Losyen Badan dan Krim Kulit Rosken, masing-masing berharga RM0.99. Serta tiket menyertai Zumba Party ‘Move Your Body’pada harga RM8.99 sahaja.

Selain tawaran Watson Monday Superdeals, aplikasi MyDigi juga memberikan pengguna banyak lagi tawaran dan ganjaran hebat dari pelbagai rakan niaga Digi yang lain.

Khas buat ahli Watson VIP, mereka boleh menikmati diskaun 15% di 33 stor Digi terpilih di seluruh Malaysia. Promosi ini bermula dari 16 Oktober 2017 dan akan berjalan selama setahun. Hanya tayangkan kad Watson VIP di stor Digi terpilih untuk menikmati diskaun ini.

Apa komen anda?