Ubahsuai rumah anda dengan produk ekosistem Xiaomi

Share Button

Xiaomi memang terkenal dengan pelbagai produk elektronik yang lebih murah dari biasa. Paling terkenal, sudah pasti barisan telefon pintarnya. Selain itu, powerbank dan juga produk audio videonya turut menjadi pilihan ramai. Tetapi Xiaomi Malaysia kini menawarkan lebih dari itu.

Melalui pengedar rasmi Xiaomi di Malaysia iaitu ERA International Network Sdn Bhd (EIN), beberapa produk baru Xiaomi boleh mula dibeli. Antaranya ialah jam pintar Mi Amazfit, kabel Mi 2-dalam-1 mikro USB dan USB-C, serta bagasi 90 point.

Senarai produk yang dapat kami temui adalah seperti:

  • Kabel Mi 2-dalam-1 USB 30CM (mikro USB ke USB-C) – RM25
  • Kabel Mi 2-dalam-1 USB 100CM (mikro USB ke USB-C) – RM39
  • Mi Power Bank 2 20,000mAh (QuickCharge 3.0) – RM159
  • Mi Smart Scale – RM129
  • Mi Body Composition Scale – RM149
  • Mi WiFi Repeater 2 – RM59
  • Mi Router 3 – RM149
  • Mi Bluetooth Headset Basic – RM79
  • Mi Headphones Comfort – RM199
  • Mi Bluetooth Speaker Basic – RM99
  • 90 Point Luggage 20″ – RM289
  • 90 Point Luggage 24″ – RM339
  • Mi Amazfit – RM629

Hampir semua produk ini telah boleh mula dibeli di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada. Selain produk di atas, beberapa casing baru untuk telefon pintar seperti Redmi 4X dan Redmi Note 4 turut dijual.

Selain stor rasmi Mi Malaysia, produk ini turut kelihatan telah dijual di kedai fizikal seperti DirectD dan Mobile 2 Go. Pastikan ia memiliki pelekat Diedarkan oleh EIN untuk jaminan di Malaysia.

Produk Xiaomi dengan pelekat EIN di Mobile 2 Go

Buat peminat produk Xiaomi, tunggu apa lagi. Cepat jadikan rumah anda penuh dengan produk keluaran Xiaomi ini. Sebelum mula membeli-belah di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada, jangan lupa gunakan Shopback untuk dapatkan cashback dalam setiap pembelian.

Khabarnya stor fizikal Xiaomi akan dibuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak lama lagi. Bolehlah cuba pandu uji dulu sebelum membeli barangan Xiaomi nanti.

Apa komen anda?