Pertandingan Foto AR Pokemon GO Bermula Sekarang

Share Button

Dah berapa banyak Pokemon yang telah anda tangkap sepanjang menjadi jurulatih Pokemon? Apa kata luangkan sedikit masa untuk sertai pertandingan Foto AR Pokemon GO yang sedang berlangsung ini. 10 penyertaan terbaik akan menerima Pokemon GO Prize Pack yang mengandungi Pokemon GO Plus, poster, serta earfon Bluetooth.

Contoh penyertaan

Contoh penyertaan

Kalau nak sertai, anda cuma perlu ambil screenshot paparan apps Pokemon GO anda yang mempamerkan seekor Pokemon secara sekreatif yang mungkin. Kemudian utuskan gambar itu ke Instagram anda dan kepilkan sekali hashtag #pokemongocontest. Tempoh pertandinga bermula sekarang hingga 3 petang 26 Oktober 2017.

Dalam hal yang berkaitan, jika anda ternanti-nanti fungsi PvP pada Pokemon GO, Niantic ada berita baik dan buruk untuk anda. Bahagian yang baik adalah memang mereka sedang membangunkan fungsi PvP untuk Pokemon GO tetapi tiada masa yang khusus tentang pelancarannya.

Lebih menarik, Niantik turut memberi hint yang generasi ketiga akan tiba tak lama lagi melalui gambar ini.

Apa komen anda?