Malaysia Bakal Kaut RM3.46 Billion Hasil Jualan Gelombang Radio

Share Button

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudahpun menerbitkan pelan pemasaran berkaitan pengagihan 8 blok spektrum 700Mhz bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Spektrum tersebut akan digunakan untuk memancarkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih menggunakan teknologi LTE bermula 1 Januari 2019.

MCMC juga membuka pemohonan daripada telco untuk membida spektrum-spektrum tersebut.

8 blok spektrum yang akan diagihkan kepada telco

Bagi pihak pengguna seperti kita, objektif yang ingin dicapai kerajaan adalah untuk meliputi sekurang-kurangnya 95% daripada penduduk Malaysia dengan perkhidmatan LTE menjelang tahun 2020. Maka anda boleh menjangkaakan pertambahan liputan sehingga ke pedalaman hatta kepadatan penduduknya 19 orang per kilometer.

Selain itu, MCMC juga menetapkan syarat kepada telco yang liputan harus disediakan di lebuh raya dan laluan kereta api utama termasuklah lalaun KTMB, MRT, LRT, HSR, ECRL.

Laluan ECRL (merah) akan menerima liputan LTE (sumber:SPAD)

Mereka juga diminta untuk membentangkan pelan pembangunan mereka bagi mencapai kelajuan minimum 30Mbps menjelang 2020 serta pengurangan harga pelan bagi memastikan semua pengguna mampu menikmati perkhidmatan LTE.

Itu untuk pengguna. Untuk kerajaan pula, bagaimana mereka mampu mengaut keuntungan sehingga 3.46 billion?

Sebanyak 8 blok spektrum dengan julat antara 703Mhz dan 798Mhz telah dibuka untuk pembidaan. Harga setiap blok berbeza mengikut 4 kaedah pembayaran seperti berikut:

Sekali bayar
RM215.54 juta/blok

5 Tahun Ansurans
RM52.12 juta/blok/tahun

10 Tahun Ansurans
RM32.84 juta/blok/tahun

15 Tahun Ansurans
RM27.81 juta/blok/tahun

Misalnya jika semua 8 blok dibeli secara ansurans selama 15 tahun, kerajaan akan menerima RM222.48 juta setahun dan apabila tiba ke tahun 15, mereka akan mengaut RM3.34 billion. Itu belum mengambil kira yuran tahunan sebanyak RM148.31 juta setahun yang akan diterima untuk 8 blok spektrum itu.

[Sumber: MCMCGambar]

Apa komen anda?