Malaysia Akan Terima Sebuah honor Yang Sangat Mesra Bajet

Share Button

honor Malaysia hari telah memaklumkan kami yang mereka akan memperkenalkan sebuah telefon honor yang ditujukan khas kepada pengguna yang memiliki bajet terhad. Sungguhpun begitu, ia masih disuntik pelbagai ciri-ciri premium bagi memberikan sebuah peranti yang berkualiti tinggi kepada peminat honor.

Daripada imej teaser yang dikongsikan, ia kelihatan seperti sebuah honor 6A/6A Pro. Beza antara keduanya cumalah pada RAM dan storan. Kedua-dua mereka adalah sebuah telefon dengan panel paparan 5″ beresolusi HD 720p.

Daripada segi spesfikasi, ia berada separas dengan Redmi 4A kerana ia memiliki komponen yang hampir serupa seperti cip Snapdragon 430 besama-sama RAM seluas 3GB/4GB (Pro). Ia turut memiliki storan seluas 16GB/32GB (Pro) yang boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD.

Untuk menguasakan segala perkakasan elektroniknya, telefon ini dibekalkan bateri sebesar 3,020mAh. Menurut butiran spesifikasi honor Itali, nampaknya telefon ini tiada pengecasan pantas kerana dibelkan blok pengecas 5A/1A ataupun dicas menggunakan pengecas 5 Watt sahaja.

honor 6A berharga EUR 149 (RM741) manakala 6A Pro EUR169 (RM840) di pasaran Eropah. Sama-sama nantikan pengumuman telefon ini dalam masa terdekat.

Trackbacks

  1. […] semalam kami katakan yang honor akan melancarkan sebuah telefon bajet untuk pasaran Malaysia dan hari ini […]

Apa komen anda?