Lepas video Shark Doo Doo, kita lari pula Shark Doo Doo

Share Button

Siapa tidak tahu mengenai video kanak-kanak, Shark Doo Doo yang semakin tular dan terngiang-ngiang bermain dalam kepala masyarakat sekarang.

Sebab itulah, langkah Acexelent Sdn Bhd (Acexelent) menganjurkan larian Shark Hero Conservation Run 2017 (SHCR17) pada 18 November ini sangat bertepatan dalam mendidik masyarakat tentang dunia jerung yang juga haiwan terancam itu.

Mengikut kajian, sudah lebih 70 juta ikan yu dibunuh setiap tahun di seluruh dunia berikutan permintaan tinggi bagi dijadikan hidangan mewah terutamanya di Asia. Lebih sedih, terdapat spesies ikan yu yang terancam teruk dan menghampiri kepupusan disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa.

Sangat bertepatan dengan tujuan melindunginya, larian santai SHCR17 sudah pasti platform terbaik mendidik keluarga lebih-lebih anak-anak yang masih kecil.

SHCR17 sudah memulakan kempenya di Facebook dan turut menganjurkan pertandingan video tarian Baby Shark yang membolehkan pengguna membawa pulang sehingga wang tunai RM1,000.

Anda hanya perlu muat turun video bertemakan lagu Shark Doo Doo beserta hashtag #sharkherorun2017 dan #sharkherodoodoo.

Larian yang bermula di Celebration Centre, Sunsuria City itu akan melalui beberapa jalan dengan empat ‘checkpoint’ khas bagi memberi kesedaran mengenai jerung dengan jarak empat kilometer.

Pendaftaran peserta bermula jam 4 petang dan peserta akan dilepaskan pada jam 5 petang.

Larian terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Orang ramai yang berminat menyertai larian ini boleh mendaftar di laman www.sharkherorun2017.com.

Apa komen anda?