Legion Y920 Kepalai Barisan Laptop Gaming Lenovo

Share Button

Hampir semua pengeluar laptop memiliki produk gaming mereka tersendiri. Lenovo walaupun sudah menghasilkan laptop berprestasi tinggi sejak sekian lama, hanya pada 2017 saja mereka melancarkan Legion sebagai subjenama yang didedikasikan untuk produk gaming Lenovo. Terbaru, mereka melancarkan Legion Y920 selaku flagship Legion dalam arena gaming Malaysia.

Lenovo Y920 Laptop Gaming Paling Berkuasa Mereka Setakat Ini

Legion Y920 lebih besar berbanding Y720 dan Y520 yang dilancarkan Jun lalu. Ia memiliki paparan 17″ serta memiliki spesifikasi yang lebih mantap khas ditujukan kepada segmen yang lebih premium.

I/O Kanan Legion Y920

Laptop ini dilengkapi panal HD Penuh dengan sokongan NVIDIA G-Sync. Ia dikuasakan cip Intel Core i7-7820HK/i7-7700HQ bersama-sama 16GB RAM DDR4 dan juga GTX1070 dengan VRAM seluas 8GB. Untuk storan, Y920 diberikan sekeping SSD PCIe sebesar sehingga 512GB dan juga HDD seluas sehingga 2TB.

I/O Kiri Legion Y920

Pada bahagian audio, anda disajikan dua buah speaker JBL bersama-sama sebuah subwoofer. Maka, prestasi audio laptop ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Beralih pada papan kekunci, anda boleh mengubah lampu latar ke apa-apa warna kerana ia menggunakan LED RGB pada papan kekunci mekanikalnya.

Papan kekunci mekanikal dengan pencahayaan RGB

Port-port I/O yang boleh ditemui pada telefon ini adalah seperti Thunderbolt 3, 4 buah USB 3.0, dan HDMI.

Laptop ini tidaklah memiliki tahap mobiliti yang tinggi. Bukan saja saiznya yang besar, beratnya melebihi 4 kg dan ia agak tebal. Walau bagaimanapun, ia diberikan bateri yang lebih besar berbanding saudarannya yang lain iaitu 90 Wh.

Sepasang speaker JBL bersama subwoofer

Legion Y920 dijual pada harga RM12,999 dan boleh dibeli melalui Lenovo Exclusive Store dan juga Lenovo Multi Brand Store. Jika anda tak mahu berhabis hanya untuk bermain game, Lenovo turut menawarkan laptop gaming yang lebih mampu milik seperti Legion Y720 dan Legion Y520

 

Apa komen anda?