Kemaskini Firmware Router UniFi Anda Sekarang

Share Button

Rentetan daripada rentan yang ditemui pada Router D-Link yang kami laporkan tempoh hari, pengguna perkhidmatan TM Unifi hari ini sudah boleh memuat turun kemas kini untuk menampal masalah tersebut.

Firmware versi 2.09 itu membawakan sejumlah penambahbaikkan seperti penambahan “@unifi” pada SSID Wi-Fi pengguna serta mematikan fungsi mengakses router daripada jauh (default).

Anda boleh menemui langkah-langkah untuk mengemas kini firmware di dalam fail .ZIP yang disediakan. Ataupun ikut saja langkah ini:

  1. Pergi ke laman firmware D-Link DIR-850L – pautan
  2. Cari firmware versi 2.09 dan muat turun – pautan
  3. Unzip kandungan fail kedalam komputer dan ikut tatacara naik taraf dalam PDF yang disediakan bersama ZIP firmware yang dimuat turun di (2).

[Sumber: D-Link Malaysia]

Apa komen anda?