Kelak, Anda Perlu Pamerkan IC Untuk Beli Top-up

Share Button

Itu adalah salah satu penambahbaikkan yang bakal dilaksanakan oleh Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) bagi menggembleng hak pengguna dalam industri perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia. Dalam mesyuarat agung tahunan CFM bagi tahun 2017, mereka turut mengumumkan garis panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar yang telah dipinda. Ia akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2018.

Suasana Mesyuarat Agung CFM 2017

Antara intipati yang ada dalam garis panduan itu adalah seperti berikut:


  1. Garis panduan ini akan diguna pakai oleh semua penyedia tempatan dan pengguna tidak mengira warganegara.
  2. Pengguna yang ingin membuat pendaftaran baru perlu menyediakan dokumen berikut untuk tujuan pendaftaran kad SIM prabayar bergantung pada kategori pengguna.
    1. Warganegara Malaysia
      1. Nama penuh seperti kad pengenalan.
      2. Alamat tempat tinggal sekarang..
      3. Alamat surat menyurat.
      4. Nombor kad pengenalan.
      5. Apa-apa dokumen yang dirasakan perlu oleh CFM.
    2. Bukan warganegara Malaysia
      1. Nama seperti tertera pada paspot.
      2. Nombor paspot.
      3. Negara paspot dikeluarkan.
      4. Nama syarikat dan alamat tempat bekerja seperti yang tertera pada permit kerja.
      5. Alamat persuratan.
      6. Apa-apa maklumat yang dirasakan perlu oleh CFM.
    3. Pelancong yang tinggal kurang daripada 3 bulan
      1. Nama seperti tertera pada paspot.
      2. Adress tempat tinggal sementara di Malaysia.
      3. Nombor paspot.
      4. Negara paspot dikeluarkan.
      5. Apa-apa maklumat yang dirasakan perlu oleh CFM.
  3. Untuk tujuan pengesahan tempat tinggal, anda perlu menyediakan dokumen seperti:
    1. Bil utiliti terbaru yang menyatakan tempat tinggal sekarang (air, elektrik, TV kabel/satelit, dan jalur lebar saja).
    2. Bukti tempahan hotel yang mengandungi alamat premis tempat tinggal sementara.
    3. Jika penyedia mengesan apa-apa penipuan, mereka akan menamatkan perkhidmatan Prabayar pada bila-bila masa..
  4. Setiap kad pengenalan hanya boleh mendaftar 5 kad SIM daripada setiap pengeluar (sudah berkuat kuasa 1 Jun 2017).
  5. Pendaftaran perlulah dilakukan menggunakan aplikasi Optical Character Recognition (OCR), pembaca biometrik ataupun MyKad untuk melindungi maklumat pengguna. Pengguna perlulah melaporkan kepada CFM jika ada penyedia yang masih menggunakan cara manual untuk pendaftaran.
  6. Pendaftaran SIM prabayar adalah percuma. Pengguna perlulah melaporkan kepada CFM jika ada penyedia yang mengenakan bayaran pendaftaran kepada mereka.
  7. Pengguna boleh memeriksa semua akaun SIM prabayar yang didaftarkan dibawah pengenalan mereka dan penyedia perlu menyediakan perkhidmatan itu secara percuma.
  8. Satu mekanisme sedang dirangka bagi menguatkuasakan satu arahan yang memerlukan pengguna mengemukakan nombor pengenalan semasa ingin membeli tambah nilai. Sehingga mekanisme itu disempurnakan, nombor pengenalan tidak diperlukan semasa pembelian tambah nilai.
  9. Pendaftaran hanya boleh dilakukan di pusat perkhidmatan penyedia ataupun agen yang sah. Pendaftaran menggunakan salinan dokuman pengenalan tidak dibenarkan.

Dalam majlis yang sama, MCMC turut berkongsi beberapa statistik yang berkaitan. Misalnya, terdapat peningkatan sebanyak 3.14% kepasa 7,556 dalam aduan yang mereka terima pada tahun 2016 berbanding 2017. Daripada jumlah tersebut, 77% daripada aduan berjaya diselesaikan dalam masa kurang daripada 15 hari, satu peningkatan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya.

Setakat suku-3 2017 ini, mereka sudahpun menerima 3,518 aduan dan berjaya menyelesaikan 70% aduan tersebut dalam tempoh kurang daripada 15 hari. 5 aduan yang paling kerap diterima mereka adalah seperti bil & caj, kualiti perkhidmatan, kualiti liputan , amalan tidak adil, dan tiada liputan langsung.

Anda ingin membuat aduan kepada CFM? Gunakan saja salah satu daripada saluran ini:

  1. Portal Aduan
  2. Facebook
  3. Twitter
  4. Emel – aduan@cfm.org.my
  5. Hotline – 1800 18 2222

Apa komen anda?