Kalau Galaxy Note8 Diluar Bajet, Dapatkan Saja Galaxy Note FE

Share Button

Pada Julai yang lalu, Samsung Korea mengumumkan Samsung Galaxy FE. Ia adalah Galaxy Note7 telah diperbaiki kelemahannya pada bahagian bateri. Sebanyak 400,000 unit ditawarkan di Korea Selatan sahaja setakat ini. Terbaru Malaysia mungkin adalah negara pertama luar Joseon yang menerima peranti itu.

Peranti Samsung Galaxy Note FE dikesan telah muncul dalam senarai telefon yang menyokong perkhidmatan Yes 4G LTE.

Galaxy Note FE memiliki semua komponen yang ada pada Galaxy Note7 kecuali bateri. Daripada 3,500 mAh, bateri Galaxy FE telah dikecilkan kepada 3,200mAh tetapi masih menyokong fungsi pengecasan pantas.

Pada papan utama, anda akan menerima cip Exynos 8890 bersama-sama RAM 4GB serta storan seluas 64GB. Pada komponen optikal, anda beroleh kamera Galaxy S7 edge iaitu kamera belakang 12MP F1.7 dan kamera selfie 5MP.

Tiada butiran harga ditemui setakat ini tetapi di Korea Selatan, Note FE dijual pada harga 699,600 Won (RM2,591). Berkemungkinan harganya akan lebih rendah di Malaysia.

[Sumber: mdroid]

Apa komen anda?