Jana Pendapatan Tanpa Modal Dengan Telefon Melalui SwypeOn

Share Button

Tahukah anda yang pengguna biasa memeriksa telefon mereka sekitar 110 kali sehari? Tapi, cuba bayangkan yang anda dibayar untuk setiap satu nyahkunci itu. Itulah peluang yang disediakan SwypeOn, satu perkhidmatan pengiklanan generasi baru yang ditawarkan oleh Mobme Asia.

Contoh iklan di lockscreen pengguna

Sistem SwypeOn yang canggih akan menapis iklan yang dipaparkan pada lockscreen anda berdasarkan tabiat mereka menggunakan telefon bagi memastikan hanya kandungan yang menepati minat anda disajikan. Apa yang menarik, sungguhpun anda mengambil keputusan untuk tidak terus melihat iklan, anda masih akan diberikan ganjaran.

Ganjaran akan dimasukkan kedalam satu dompet digital yang dipanggil Keys. Ia akan mengumpulkan semua hasil dan apabila mencapai nilai RM100, anda boleh menebus ganjaran dalam bentuk tunai. Bukan itu saja, pengguna akan dimasukkan secara automatik oleh sistem kedalam satu cabutan beruah setiap bulan yang melayakkan mereka memenangi hadiah bernilai sehinggan RM5,000.

Pawagam MBO, salah satu rakan niaga SwypeOn kini sedang mengadakan promosi di SwypeOn. Anda boleh mendapatkan bertih jagung dan minuman percuma yang boleh ditebus di mana-mana pawagam MBO seluruh negara melalui apps SwypeOn.

SwypeOn setakat ini hanya disediakan untuk pengguna Android dan jika anda berminat untuk mencubanya, muat turun SwypeOn di Android hari ini.

Apa komen anda?