Huawei Hadir Dengan Tablet Multimedia Bawah RM1,000

Share Button

Tak banyak tablet berkualiti dengan tanda harga bawah RM1,000 sejak kebalakangan ini. Huawei adalah antara penegluar yang ingin melawan tohmahan tersebut dengan MediaPad M3 Lite yang ditujukan pada pengguna yang ingin melayan kandungan multimedia secara mobil.

MediaPad M3 Lite memiliki paparan 8″ daripada jenis IPS dengan resolusi HD Penuh. Sepasang speaker talaan Harman Kardon turut hadir pada bahagian dahi dan dagu bagi memberikan pengalaman bermultimedia yang lebih baik.

Untuk menguasakan semua perkakasan elektronik, ia dibekalkan bateri sebesar 4,800mAh yang dimaklumkan boleh memainkan video secara terus menerus selama 9 jam.

Pada papan utama, anda akan disapa cip Snapdragon 435 yang ditemani RAM 3GB serta storan dalam seluas 32GB. Pada bahagian optik pula, kamera depan dan belakang tablet ini menggunakan sensor 8MP tetapi hanya kamera belakang memiliki fungsi autofokus.

Yang menariknya, tablet ini menyokong sambungan 4G LTE dan navigasi GPS.

MediaPad M3 Lite hadir dalam warna Gold dan Space Grey dan ia dijual pada harga RM999 bermula 13 Oktober di kedai Huawei. Setiap pembelian akan diberikan casing kulit sebagai hadiah.

Apa komen anda?