Honor 6X Turun Harga Kali Kedua

Share Button

Selepas harganya diturunkan pada Ogos yang lalu, honor 6X sekali lagi menerima potongan harga dan kali ini turun lebih banyak daripada kali pertama. Anda kini boleh mendapatkan honor 6X pada harga semurah RM899, turun RM300.

Pada harga tersebut anda akan mendapat honor 6X dengan varian RAM 3GB dan storan 32GB. Varian yang lebih tinggi pula, RAM 4GB dan storan 64GB, dijual pada harga RM999, juga turun RM300. Pada bahagian optik, dwikamera belakang telefon ini menggunakan sensor 12MP dan 2MP. Kamera selfie pula sekuasa 8MP.

honor 6X dilancarkan Mac tahun ini dan ia menampilkan cip Kirin 655 serta paparan 5.5″ HD penuh. Baterinya sebesar 3,430mAh tanpa pengecasan pantas. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membeli honor 6X secara dalam talian di gendung hihonor.

  • honor 6X RAM 3GB, storan 32GB – RM1,199 RM899
  • honor 6X, RAM 4GB, storan 64GB – RM1,399 RM999

 

Apa komen anda?