Honor 6A PRO Ahli Baru Kategori Bajet Boleh Ditempah Hari Ini

Share Button

Baru semalam kami katakan yang honor akan melancarkan sebuah telefon bajet untuk pasaran Malaysia dan hari ini sudah ada yang membocorkannya. DirectD melalui laman Facebook mereka telah membukan tempahan untuk membeli Honor 6A PRO pada harga RM699.

HONOR 6A PRO – Affordable Nougat and metal body!

Price is RM699 ONLY incl of GST. NOW open for pre-order. Available in…

Posted by DirectD on Thursday, October 12, 2017

 

Diletakkan dalam kelas bajet, honor 6A PRO memiliki spesifikasi hampir serupa dengan Redmi 4A. Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 430 bersama-sama RAM sebesar 3GB. Semua data disimpan di dalam ruang storan seluas 32GB dan boleh diperluas jika masih tidak mencukupi.

Menjadi paparannya adalah sekeping panel HD 720p sebesar 5″ dan pada bahagian pengimejan, ia diberikan kamera belakang 13MP bersama-sama 5MP kamera selfie. Tiada pengecasan pantas dimiliki telefon ini dan ia digerakkan oleh bateri berkapasiti 3,020mAh yang dicas melalui mikro-USB.

Honor 6A PRO akan mula diedarkan bermula 17 Oktober 2017 ini.

Apa komen anda?