Harga Rasmi iPhone 8 Setara Laptop Gaming

Share Button

iPhone 8/8 Plus adalah iPhone yang paling canggih pernah dihasilkan dan bermula tengah malam tadi, 20 Oktober 2017. Beberapa telco dan juga pengedar sah sudah pun menaikkan iklan tempahan peranti tersebut.

Seperti dijangkan, harga kedua-dua iPhone 8/8 Plus adalah yang paling tinggi berbanding sebelumnya dan untuk pertama kalinya dalam sejarah, ia lebih mahal berbanding anda membelinya sendiri di Singapura.

iPhone 8/8 Plus dijual dengan dua varian kapasiti iaitu 64GB dan 256GB, dan harganya menurut Machines Malaysia adalah seperti berikut:

  • iPhone 8 (64GB) – RM3,649
    iPhone 8 Plus (64GB) – RM4,099
  • iPhone 8 (256GB) – RM4,149
    iPhone 8 Plus (256GB) – RM4,899

Sebagai rujukan, iPhone 7/7 Plus dilancarkan pada harga bermula RM3,199 dan RM3,799, lebih rendah sebanyak RM450 dan RM350. Untuk membeli tanpa kontrak, anda boleh terus ke gedung:

Untuk pembelian menerusi telco, sabanyak 4 telco akan menjual telefon ini iaitu:

Apa komen anda?