Galaxy Note FE Mula Dijual Hujung Oktober Ini

Share Button

Seperti yang diwar-warkan semalam, Samsung Malaysia hari ini mengesahkan yang Galaxy Note Fan Edition (FE) akan mula diedarkan di negara kita bermula 25 Oktober ini. Telefon ini adalah jelmaan semula kepada Galaxy Note7 yang telah diubah suai bahagian baterinya untuk tidak menimbulkan masalah seperti yang melanda Galaxy Note7 sebelum ini.

Bagi yang terlepas pandang, Galaxy Note FE mewarisi semua komponen yang ada pada Galaxy Note7 kecuali pada baterinya. Baterinya telah dikurangkan kapasitinya kepada 3,200mAh daripada 3,500mAh tatapi masih boleh dicas menggunakan pengecasan pantas.

Anda beroleh sebuah telefon dengan cip Exynos 8890 beserta RAM 4GB dan storan 64GB pada papan utamanya. Untuk pengimejan, ia mempunyai kamera yang sama dengan Galaxy S7 edge iaitu 12MP F1.7 untuk belakang dan 5MP untuk berselfie.

Galaxy FE yang akan dijual pada hujung bulan ini menerima tanda harga RM2,599 dan hadir dalam warna Coral Blue dan Black Onyx. Terus ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?