FrogPlay Championship berjaya tingkat minat murid dalam pelajaran

Share Button

3 sekolah telah dipilih dari 1,900 sekolah di Malaysia, sebagai pemenang Kejohanan FrogPlay yang diadakan dari bulan Jun sehingga September lepas. Kejohanan ini terbuka kepada semua sekolah kebangsaan di Malaysia, diadakan untuk memupuk minat pelajar di sekolah untuk menggunakan platform FrogPlay sebagai satu medium pembelajaran maya (VLE).

FrogPlay merupakan sebahagian dari projek 1BestariNet oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tiga sekolah yang terpilih sebagai pemenang Kejohanan FrogPlay ini adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Choong Cheng dari Kedah, Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dari Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai dari Johor.

Pemenang Tempat Pertama Kejohanan FrogPlay

Pemilihan pemenang di peringkat awal dibuat menerusi jumlah masa yang digunakan. 20 sekolah yang memiliki masa penggunaan FrogPlay terbanyak disenarai pendek dalam peringkat ini. Kemudian juri membuat penilaian bagaimana sekolah mempergunakan platform FrogPlay dalam pembelajaran.

Ketiga-tiga pemenang menerima hadiah berupa kursus berteraskan teknologi selama 3-hari dari Chumbaka, untuk 30 orang pelajar bernilai RM6,000, sebuah trofi dan kod avatar FrogPlay eksklusif. Di samping itu pemenang pertama, SJK(C) Choong Cheng menerima hadiah tambahan berupa ebook bernilai RM1,000 dari Pelangi. SK Sungai Binjai di tempat kedua pula menerima hadiah eBook bernilai RM800 dan SMK Skudai pula menerima hadiah eBook bernilai RM600.

Rata-rata, konsep belajar sambil bermain meningkatkan minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran melalui platform FrogPlay. Guru-guru pula boleh memantau tahap kefahaman murid-murid menerusi cara pelajar mengulangkaji di FrogPlay.

Menerusi FrogPlay, pelajar berpeluang bermain beberapa permainan seperti tenpin bowling, whack a monkey, quack shot, penalty shooter, championship tennis, tune car dan banyak lagi. Tetapi mereka perlu menjawab kuiz berkaitan subjek pelajaran yang disediakan guru terlbih dahulu. Lebih banyak markah diperolehi, lebih banyak permainan boleh dipilih.

Soalan kuiz yang terdapat di FrogPlay pula disediakan oleh Pelangi, berdasarkan silibus pendidikan Malaysia. Peningkatan minat murid terhadapat pembelajaran di samping bertambahnya penglibatan mereka di dalam kelas amat dirasai, menurut Chew Soo Lee, guru dari SJK(C) Choong Cheng.

Sebelum ini, agak sukar untuk beberapa pelajar menyiapkan kerja rumah mereka. Kini dengan FrogPlay, mereka kelihatan tidak sabar untuk membuat tugasan yang diberikan dan prestasi serta keputusan pelajaran mereka turut meningkat, tambah Puan Ooi Saw Tin, Guru Besar SJK(C) Choong Cheng.

Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

PERTAMA: SJK(C) Choong Cheng, Kedah

  • Ooi Saw Tin (Guru Besar)
  • Chew Soo Lee (Admin Frog)
  • Hamizi Bin Mahpop (PKG Bujang)
  • Nur Asyirah Binti Hanafi (Pelajar)
  • Tan Hong Ming (Pelajar)
  • Norfazillah Binti Mohd Tali (Ibubapa/Penjaga)

 

KEDUA: SK Sungai Binjai, Selangor

  • Asmah Biran (Admin Frog)
  • Hazim Syahmi Bin Sajali (Pelajar)
  • Azeq Bin Azme (Pelajar)
  • Mohd Hafiz b. Md Sharif (Guru Besar)
  • Enon Bt Bujang (Guru dan Ibubapa)

 

KETIGA: SMK Skudai, Johor

  • Yu Kok Hui (Pengguna Emas Frog)
  • Mohd Zanisahli Bin Md Khalid (Guru)
  • Ng You Heng (Pelajar)

Apa komen anda?