Diskaun RM300 Untuk Nova 2 Plus 128GB

Share Button

Bulan ini banyak telefon yang dapat potongan harga. Kali ini adalah Huawei nova 2 Plus, sebuah telefon dengan kemera depan 20MP. Dilancarkan pada harga RM1,999, ia menerima potongan RM300 untuk dijual pada RM1,699.

PRICE UPDATE! Nova 2 PLUS is now RM1699 or RM141.83 X 12 months + freebies worth more than RM600.

Key features:
5.5…

Posted by DirectD on Tuesday, October 3, 2017

Siri Nova adalah telefon kelas pertengahan daripada Huawei. Nova 2 Plus ditujukan pada golongan gemar berselfie apabila diberikan kamera depan berkuasa tinggi. Untuk kamera belakang, anda boleh menggunakan kamera berkembar 12MP+8MP untuk mengambil gambar.

Nova 2 Plus depan

Nova 2 Plus belakang

Telefon ini dikuasakan cip Kirin 659 bersama-sama RAM 4GB dan storan 128GB. Terdapat pengecasasn pantas untuk mengisi baterinya yang berkapasiti 3,340mAh melalui port USB-C.

Huawei turut ada alternatif jika RM1,699 tidak menepati bajet anda. Nova 2i akan mula dijual 13 Oktober ini. Ia memiliki spesifikasi yang hampir sama tetapi ada 2 kamera depan dan dua kamera belakang. Cuma, ia ada storan 64GB dan dijual pada harga lebih rendah iaitu RM1,299.

Apa komen anda?