DBP Terbitkan Istilah Baru Untuk Photobomb

Share Button

Bahasa adalah medium yang tidak statik dan ia sentiasa berkembang dalam semua arah. Terkini, pihak berautoriti dalam penyelarasan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sudahpun mengumumkan satu istilah baru yang merujuk pada istilah “photobomb“. Photobomb adalah istilah informal bahasa Inggeris yang merujuk pada gambar yang tidak cantik kesan daripada kehadiran orang/objek yang tidak diingini secara tiba-tiba.

DBP dalam laman Twitter mereka telah memilih “tunafoto” untuk merujuk pada photobomb. Menurut kamus dewan, tuna membawa tiga maksud iaitu:

  1. Sejenis ikan daripada spesies Thunnus spp.
  2. Luka atau cacat
  3. Awalan Sanskrit yang bermakna tiada, misalnya tunasusila bermaksud tiada adab.

Adakah anda bersetuju dengan istilah tunafoto? Atau anda ada istilah yang lebih tepat merujuk pada photobomb.

[Sumber: DBP]

Apa komen anda?