Celcom sah tawar iPhone 8 di Malaysia, inilah harganya…

Share Button

Jika beberapa hari lepas Celcom mula menerbitkan iklan bagi pra tempahan iPhone 8 / iPhone 8 Plus. Hari ini, pihak Celcom mula menayangkan tanda harga bagi iPhone 8 / iPhone 8 Plus dimana harga yang ditawarkan adalah RM3,598.00 dan RM 4,098.00.

Berdasarkan iklan yang diterbitkan, pihak Celcom tidak memaparkan kapasiti storan bagi model berkenaan dan besar kemungkinan tanda harga tersebut adalah untuk storan 64GB.

Umum mengetahui bahawa tepat jam 12.00 pagi esok pihak Apple bakal membuka pra tempahan bagi iPhone 8 / iPhone 8 Plus termasuklah beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Setakat ini pihak Apple tidak memaparkan harga jualan sebenar bagi iPhone tersebut dan saya berpendapat ia mungkin seperti harga yang di tawarkan oleh pihak Celcom atau terdapat pertambahan harga yang minima.

Sekiranya anda kurang berminat untuk menempah secara atas talian, anda boleh membeli peranti ini di seluruh gedung jualan Apple yang sah termasuklah Machine, Switch dan IT World pada 20 Oktober ini.

Bagi pengguna iPhone terdahulu yang berminat untuk menukar kepada peranti ini. Inilah masanya anda menjual peranti anda memandangkan harga jualan bagi iPhone terpakai bakal mengalami sedikit penurunan disebabkan pelancaran iPhone terbaharu.

[Sumber: Celcom]

Comments

Apa komen anda?