Celcom OleOle jadikan pemberian hadiah terus di hujung jari

Share Button

Bukan hanya untuk bertelefon atau bermain internet sahaja, Celcom hari ini memperkenalkan OleOle, perkhidmatan pemberian e-hadiah daripada pengguna Celcom kepada pengguna Celcom yang lain. Ia tidak terhad kepada pengguna pascabayar Celcom sahaja, malah kepada semua pengguna prabayar Xpax jua.

Bekerjasama dengan World Of Gifts (WOGI), OleOle merupakan e-hadiah dalam bentuk baucar daripada pelbagai jenama dan platform e-dagang merangkumi fesyen dan pakaian, permainan mudah alih, kesihatan dan kecantikan, gedung beli-belah, termasuk pek nilai tambah (add-in) internet Celcom dan Xpax seperti Video Walla, Music Walla dan banyak lagi.

Antara jenama yang sedia terdapat di dalam Celcom OleOle kini adalah Lazada, 11street, Fashionvalet, Melissa, Something Borrowed, Z Gold MOL Points dan Zalia. Tidak lama lagi, jenama yang akan menyertai platform OleOle ini pula adalah seperti FAVE, TaoBao, Klook dan banyak lagi.

Untuk menggunakan OleOle, ia hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi myCelcom dan Xpax sahaja. Jadi muat turun aplikasi tersebut terlebih dahulu dari Apple Appstore atau Google Playstore. Perkhidmatan memberi dan menerima OleOle ini juga hanya boleh dilakukan sesama pelanggan Celcom dan Xpax sahaja.

Selepas mendaftar masuk aplikasi, tekan menu (tiga garisan di hujung atas) dan pilih OleOle. Dari situ, pilih jenama atau platform beli-belah yang ingin dihantar hadiahnya. Denominasi boleh dipilih dari serendah RM20, RM30, RM50 dan RM100.

Jika mahu menghantar e-hadiah lebih dari RM100, boleh membuat transaksi kedua. Tetapi setiap transaksi akan dicaj 50sen. Selain menghantar, anda juga boleh membuat permintaan dari rakan atau ahli keluarga. Hanya pilih Request e-gift dari pilihan hadiah yang diingini, dan anda akan dicaj 20sen untuk penghantaran SMS.

Sebagai tawaran pengenalan, Celcom menawarkan hadiah e-hadiah berjumlah lebih daripada RM20,000. Sehingga RM100 e-hadiah diberikan PERCUMA kepada 50 pengguna pertama OleOle setiap hari. Tawaran ini berjalan dari 6 hingga 29 Oktober 2017. Jika anda memberi, anda mungkin mendapat lebih dari tawaran pengenalan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang OleOle, layari lamanweb Celcom dan Xpax.

Apa komen anda?