BlackBerry Motion Akur Yang Kekunci Fizikal Bukan Lagi Keperluan

Share Button

Blackberry Motion adalah sebuah telefon Android menyerupai Blackberry KEYone yang dilancarkan di MWC awal tahun ini. Cumanya, ia kekurangan satu ciri ikonik yang ada pada leluhur BlackBerry (BB) selama ini iaitu papan kekunci fizikal.

Blackberry KEYone (kiri) dan Motion (kanan). [sumber]

Seperti diumumkan di laman Twitter BB, Motion adalah sebuah telefon 5.5″ dengan paparan HD penuh. Pada papan utama, ia mewarisi apa yang ada pada KEYone iaitu cip Snapdragon 625, RAM 4GB serta storan 32GB. Kamera 12MP F2.0 menjadi kamera belakang dan kamera depan menerima sensor 8MP dengan apertur F2.2.

Bateri pula sedikit besar berbanding sebelum ini, 4,000mAh berbanding 3,550mAh. Yang menarik, telefon ini adalah yang pertama daripada BlackBerry yang menerima tahap kekalisan debu/air pada IP67.

Tiada berita tentang pelancarannya di Malaysia tetapi Motion akan sudah mula boleh ditempah di Arab Saudi dan U.A.E pada harga SAR1,699 (RM1,917).

[Sumber: CrackBerry, AndroidCentral]

Apa komen anda?