Awas! Pengguna model iPhone ini bakal hadapi masalah iOS11

Share Button

 

Oleh Xavier Naxa

 

Rasanya sebelum keadaan menjadi parah, saya amat berharap agar pengguna yang pernah menukar skrin iPhone di mana-mana kedai telefon agar tidak mengemaskini iOS 11

Walaubagaimanapun, kes ini tidak melibatkan iPhone Refurbished iaitu replacement dari tuntutan jaminan.

Ingat, tidak kira anda dimaklumkan oleh kedai bahawa skrin anda asli sekalipun adalah lebih baik anda mengelak untuk kemaskini buat masa ini.

Namun, jika anda berdegil ia terpulang pada diri anda.

Bagi pengguna iPhone 6S yang mengalami kegagalan pada skrin, iOS 11.0.3 merupakan kemaskini yang membantu iPhone anda kembali berfungsi.

Tidak hairanlah mengapa Apple mengapa Apple membuka kembali pelayan untuk iOS10.3.3.

Apa pun, bagi pengguna yang memakai skrin tiruan rasanya iOS 11 buat masa ini bukan pilihan anda.

Tinggu sehingga iOS 11 benar-benar stabil barulah anda kemaskini.

Apa komen anda?