ASUS FX553 laptop gaming yang lebih mampu dimiliki

Share Button

Laptop gaming dilihat semakin hari semakin rendah harganya. Dalam erti kata lain, semakin mampu dimiliki orang ramai. Ini termasuk tawaran laptop yang terbaru dari ASUS, ASUS Gaming FX553.

Apabila mengatakan tentang laptop gaming, maka ia haruslah memiliki kad grafik tersendiri, di samping kuasa pemproses berkuasa tinggi. ASUS menawarkan laptop FX553 pada harga hanya RM3,499 yang memiliki kuasa pemproses Intel Core i5-7300HQ bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050 dengan 2GB GDDR5 VRAM.

Selain itu, ASUS FX553 turut dibekalkan 4GB RAM DDR4 2400MHz (boleh naiktaraf hingga 32GB), bersama storan dalaman HDD 1TB.

Skrinnya berukuran 15.6-inci dengan resolusi HD penuh 1920×1080. Papan kekunci pada ASUS FX553 menggunakan kekunci chiclet berlampu merah, dengan kekunci penuh NumLock di sisi.

ASUS Malaysia memberi jaminan selama 2-tahun bagi laptop FX553 ini. Ia dijual pada harga RM3,499 dan didatangkan percuma bersama beg laptop gaming.

Maklumat lanjut tentang laptop ini boleh dirujuk di laman produk ASUS FX553. Ia boleh dibeli menerusi senarai penjualnya di seluruh Malaysia seperti di bawah ini:

TENGAH

THUNDER MATCH TECHNOLOGY SDN BHD
SNS NETWORK (M) SDN BHD
BRIGHTSTAR COMPUTER SDN BHD
IT COMP SALES & SERVICES SDN BHD
ALL IT HYPERMARKET SDN BHD
CLICKNET TECHNOLOGY SDN BHD
U-NOTE SDN BHD
C-ZONE SDN BHD
VIEWNET COMPUTER SYSTEM SDN BHD
ACUTE IT SDN BHD
SYSCOM IT SOLUTION
PKU TECHNOLOGY SDN BHD

PANTAI TIMUR

MONALIZA MASTURA ENT SDN BHD
MASS IT SDN BHD

UTARA

MNIC TECHNOLOGY SDN BHD
GADGET ZONE SDN BHD
BMSTAR TECHNOLOGY SDN BHD
SECAM SURVEILLANCE SDN BHD
ETECH COMPUTER ACCESSORIES SDN. BHD.

SELATAN

STYLE VISION SDN BHD
G & O DISTRIBUTION (M) SDN. BHD.
MEADOW IT DISTRIBUTION SDN. BHD.
NAVOTECH TECHNOLOGY SDN BHD
BST COMPUTER
NCS SALES AND SERVICES SDN BHD
E CYTECH DOT COM
EIT

MALAYSIA TIMUR

P.C. IMAGE SDN. BHD.
COMPUWAY MARKETING SDN BHD
TOPMACRO NETWORK SDN BHD
IT SOLUTIONS GATEWAY SDN. BHD.
ACI TECHNOLOGY SDN BHD
C.F. KING ENTERPRISE
SIBU IT SDN. BHD.

Apa komen anda?