Apa yang peniaga perlu tahu sebelum #MYCYBERSALE 2017 bermula

Share Button

Jualan beli-belah dalam talian paling hebat di Malaysia akan kembali lagi bulan ini. #MYCYBERSALE 2017 akan menampilkan lebih banyak penjual dalam talian dengan tawaran yang lebih menarik. Tetapi adakah pembeli di Malaysia menantikan ketibaannya?

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama dengan Persatuan Industri Komputer & Multimedia Malaysia (PIKOM), dalam penganjuran edisi ke-4 #MYCYBERSALE kali ini. Ia akan dijalankan dari 9 hingga 13 Oktober 2017.

Sekali lagi, platform tunai kembali (cashback) terulung di Malaysia, ShopBack terpilih menjadi rakan rasmi CashBack bagi #MYCYBERSALE 2017. Untuk mendapatkan jangkaan pembeli di Malaysia untuk #MYCYBERSALE tahun ini, ShopBack Malaysia telah menjalankan kaji selidik dan mengumpulkan 3,892 respon dari pengguna.

Pertama sekali, ShopBack mendapati ramai responden telah sedia mengetahui tentang #MYCYBERSALE, serta akan membeli atau sangat berminat untuk membuat belian ketika jualan tersebut.

Hanya 22.2% responden tidak pernah mendengar tentang #MYCYBERSALE dan 1.3% responden tidak berminat untuk membeli di #MYCYBERSALE. Bagi Pengurus Besar ShopBack Malaysia, Alvin Gill, ini satu petanda yang sangat baik buat penjual yang menyertai #MYCYBERSALE kelak.

Bagi kategori pembelian pula, responden paling berminat dengan kategori elekronik, kesihatan dan kecantikan, rumah dan kehidupan serta fesyen. Kerana itu, Alvin mencadangkan kepada penjual untuk memberi lebih fokus menjual produk dalam kategori ini.

Perkara paling penting untuk diketahui peniaga adalah faktor yang mempengaruhi pembeli. Dalam kajian ini, ShopBack mendapati perkara paling menarik minat pembeli adalah diskaun melebihi 50%, diikuti kod promosi/diskaun dan yang ketiga adalah penghantaran percuma.

Polisi pemulangan 14 hari dilihat paling kurang menarik minat pembeli, selepas hadiah percuma dan tawaran kilat eksklusif.

Jenis tawaran paling menarik minat pembeli

Dari segi bajet dan jenis pembayaran pula, 42.3% menyatakan akan menyediakan bajet kurang dari RM200, 31% di antara RM200 dan RM399, 13.8% antara RM400 dan RM599, manakala 12.9% menyatakan akan membelanjakan RM600 dan ke atas.

72.8% responden memilih kad debit/kredit sebagai cara pembayaran mereka, 24% mahu menggunakan perbankan dalam talian, 3.2% memilih pembayaran tunai ketika penghantaran, dan selebihnya akan membuat bayaran melalui mesin ATM atau kedai serbaneka seperti 7-Eleven.

Untuk sumber maklumat semasa membeli, 55% responden merujuk ke Facebook dan Google terlebih dahulu. Jadi peniaga boleh meningkatkan pelaburan dan usaha ke dalam dua saluran ini untuk mula menarik minat pembeli.

Sumber rujukan sebelum membeli

Seperkara lagi tambah Alvin, data ShopBack menunjukkan pembeli biasanya lebih aktif selepas waktu makan, seperti selepas jam 2 petang dan 8 malam. Menghantar mesej pemasaran melalui iklan digital pada waktu yang tepat boleh membantu menjana trafik dan jualan. Mesej-mesej ini haruslah dibuat khusus untuk desktop dan peranti mudah alih supaya ia dapat mencapai hasil yang terbaik.

Jadi, apa pula yang akan ShopBack tawarkan untuk #MYCYBERSALE kali ini? Sehingga 40% Cashback, dan di atas diskaun sehingga 97%, menerusi sekitar 20 platform e-dagang popular menanti pengguna ShopBack, termasuk Lazada, 11street, Qoo10, Booking.com, Hermo, Expedia, Taobao dan Coursera. Kira-kira RM400,000 Cashback dijangka akan diberikan kepada orang ramai di Malaysia tahun ini.

Jika belum ada akaun ShopBack, sila daftar sekarang sebelum mula membeli-belah di #MYCYBERSALE kelak. Kalau nak berkongsi bonus pendaftaran RM5 dengan kami, boleh gunakan pautan pendaftaran ini. Untuk maklumat terkini, sila layari laman web www.shopback.my/mycybersale atau ikuti Facebook Page ShopBack Malaysia.

Apa komen anda?